Rabu, 24 Jun 2009

Pas seperti Gajah Borneo.


Episod kerajaan perpaduan yang di war-warkan oleh Pas berakhir begitu sahaja. Ini kerana Pas sebuah parti kecil yang TIDAK CUKUP KUAT di dalam Pakatan Pembangkang. Pas tak ada kuasa VETO atau lebih sedap lagi garam Pas TAK CUKUP MASIN.

Selama ini Pas mendabik dada konon mereka cukup hebat dan cukup kuat. Taipingmali (TM) ingin melebalkan Pas seperti Gajah Borneo atau Gajah Piggy, gajah juga tetapi saiznya amat kecil.

Pkr pula boleh dibaratkan mereka seperti Gajah Afrika , kuat dan gagah perkasa,tetapi hakikatnya ia semakin terancam dan semakin pupus. Dap juga menyamakan mereka sebagai gajah juga tetapi Gajah Singapura yang hanya sesuai di dalam zoo.

Pas hari ini tidak boleh bercakap banyak. suaranya sumbang dan mudah dipatahkan oleh Dap dan Pkr. Jika niat Tuan Guru Harun Din bahawa satu hari Pas ingin menubuhkan sebuah kerajaan Islam ia hanya tinggal angan-angan sahaja. Nizar sendiri akan menolak penubuhan kerajaan Islam Pas. Apa lagi Dap dan Pkr yang cenderong kepada kehidupan ala barat. zionis , yahudi dan majusi.

Hari ini Pas terbukti kalah ditangan regu mereka. Nik Aziz yang tua kutuk pun dah mirip atau meniru gaya hidup Pkr dan Dap, walaupun Islam tetapi boleh memaki hamun orang lain, menfitnah dan memperlekehkan orang lain walaupun sama geng. Contohnya Nasharudin dan Hadi Awang dilanyak habis-habisan oleh Nik Aziz yang kononnya lebih maksum.

Pas akan kehilangan ahli-ahli dan penyokong nya sedikit masa lagi kerana tiada apa perubahan yang dibawa dan dilaksanakan oleh kerajaan pakatan mereka. Ceramah-ceramah politik pun lebih kepada mengkritik pentadbiran Bn dan menghina ahli-ahli parti BN dan Umno sahaja.

Ceramah oleh pemimpin Pas, Dap dan Pkr sepatutnya mencerita apakah menifesto PRU mereka yang telah dilaksanakan, apa yang belum dibuat dan semuanya hendaklah bercakap mengenai projek mereka untuk membangunkan negeri dan rakyat.

Sudah setahun lebih Pakatan mentadbir Kedah, P.Pinang, Selangor dan Kelantan. Tak ada satu pun dalam ucapan pemimpin mereka yang menceritakan tentang projek untuk rakyat.

Di Kelantan contohnya , Husam Musa telah memberi jaminan bahawa harga gas masak boleh diturunkan sehingga RM4 setong. 3 trillion tong minyak dan gas akan dihasilkan dari laut Kelantan. mana dia minyaknya ? mana dia gas LPG nya? Semuanya bohong belaka.

Kerajaan Berkebajikan? apa buktinya. berapa buah rumah rakyat yang telah dibangunkan mereka. Dap Pulau Pinang juga sama. Lim Guang Eng sembang saja lebih, habuk pun tak ada. Pas Kedah pun sama,, taman-taman perumahan semakin semak , longkang tak dicuci, sampah bandaran semakin banyak. Bandar Alor Star semakin jijik dan semakin menyesakkan nafas. Selangor pun sama, dahulu kerajaan BN memerintah. jika lewat bayar cukai pintu pun tak jadi masalah. Kerajaan negeri faham akan masalah rakyat. Hari ini lewat bayar, datanglah surat merah nak sita rumah, walhal cukai pintu tak sampai RM150 tunggakkan.

Akhir kalam, siapa yang arif dan bijak memerintah? Jawabnya ialah kerajaan yang mengutamakan rakyat. iaitu kerajaan BN.