Ahad, 13 September 2009

Islam Liberal : Negara Islam, Sekular dan Hukum Syariah

Tiga perkara utama yang selalu dibahaskan oleh para pendokong Islam Liberal iiaitu konsep Negara Islam, Sekular dan Hukum Syariah. Pendokong Islam Liberal akan menyokong sekularisme dan menentang konsep Negara islam dan Hukum Syariah.


Berikut merupakan pendapat tokoh-tokoh Islam Liberal berkenaan dengan tema di atas;


Fazlur Rahman merumuskan bahawa sekularisme adalah satu alternatif yang positif untuk tidak terjebak dalam konservatisme, kerana kemunculan sekularisme disebabkan oleh kesan pengaruh konservatisme yang kuat. Justeru beliau menyarankan agar sekularisme moden digabungkan dengan sumber-sumber Islam.

Malah menurutnya tindakan membandingkan hukum Allah dengan hukum manusia adalah satu bentuk sekularisme, kerana menurutnya, hukum Allah juga adalah hukum buatan para ulama.

Abu Zayd pula mengatakan bahawa Islam adalah agama sekular (al-din al-‘ilmani). Sekularisme (‘ilmaniyyah), menurutnya berasal dari perkataan ilmu (‘ilm), dapat membawa umat Islam kepada pemodenan dan kemajuan serta menyelamatkan mereka daripada kekolotan berfikir.


Muhammad Said Ashmawi, sama seperti pemikiran Islam Liberal terdahulu seperti ‘Ali Abd al-Raziq, Wahid Ra'fat dan Faraj Fawdah, iaitu menentang konsep kesempurnaan ajaran Islam. Baginya permasalahan politik terpisah daripada agama. Beliau juga menolak keras pelaksanaan Shari‘ah Islam dengan alas an akan memberikan kuasa politik kepada golongan agama dan mengakibatkan lahirnya negara teokrasi.

Asghar Ali Engineer dalam bukunya berjudul “The Islamic State”, pula berpandangan bahawa hukum Islam adalah ciptaan fuqaha (ahli fekah), justeru pelaksanaan Shari‘ah Islam bermakna pemerintahan teokrasi. Sehubungan itu, beliau menyokong sepenuhnya pemerintahan sekular.


Radwan Masmoudi, Presiden Center for the Study of Islam and Democracy (CSID) yang merupakan sebuah pertubuhan Islam di Amerika, menegaskan hukum syariah tidak berasaskan hukum Allah, tetapi hukum warisan dari tradisi Arab.


Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Kajang (2008) menegaskan beliau tidak akan sesekali menyokong konsep Negara Islam.. Semasa berucap di New York(2005), beliau berkata sekularisme adalah sesuatu yang amat positif seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Katanya sekularisme tidak anti agama, bahkan sekularisme mengalakkan kebebasan beragama.


Aku menulis bukan kerana nama tetapi aku yakin aku benar - AIDC
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
http://mindaaidc.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan