Selasa, 27 Oktober 2009

NIZAR JAMELUAT: PAS GENTAR DGN BLOGGER UBN DAN MINTA AHLI BERTENANG (KLIK)

Pas sebelum ini dilihat cukup berkuasa dalam dunia maya internet. Ahli-ahli Pas merupakan pengguna internet tertinggi berbanding Melayu Umno. Ini dapat dibuktikan dengan jumlah pelawat dalam lama blog Pas setiap hari cukup tinggi dan jumlah pengunjung rata-rata sudah melebihi 1 hingga 2 juta sejak dibangunkan.

Hairan hari ini Pas sudah gentar pula dgn cyber trooper Umno. Apa yang ada pada blogger Umno jika dibandingkan dengan jentera IT Pas. tak percaya Pas gentar ? baca petikan di bawah yang diambil dari Harakah.

'Oleh itu,tambahnya, PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini.'
Harakah juga nampak seperti Pas sudah sedar akan dosa mereka kepada tentera di Bagan Pinang. dan selepas belanjawan mereka cuba membodek tentera, kononnya peruntukan kepada tentera dikurangkan, dan dalam Harakah juga mereka cuba bermain dengan isu pingat, pangkat dan berbagai lagi. Lupa kah mereka bahawa kebajikan tentera mendapat keistimewaan yang sangat tinggi dari kerajaan.

'Cadangan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pingat Gagah Perkasa (PGP), di Parlimen hari ini.

"Tidak bolehkah 1,800 orang yang dikenal pasti ini dianugerahkan pingat gagah berani dan pingat gagah perkasa disebabkan jasa mereka," tegasnya.

Ujarnya lagi, inisiatif kerajaan memberikan anugerah serta elaun tententu kepada hanya 99 pesara tentera sahaja sebelum ini adalah tidak memadai.'

Di atas ialah ayat-ayat Pas kononnya membela tentera, ini agenda baru mereka untuk memancing undi Pos akan datang.

Ahli Parlimen Pendang, Dr. MOhd Hayati Othman yang mencelah, meminta kerajaan mempertimbangkan untuk memberi anugerah dan elaun juga kepada para pesara polis yang layak, disebabkan keberanian dan berjasa pada negara.

Jelasnya, pengalaman melawat Balai Polis Bukit Jenun, Pendang, menyaksikan polis terpaksa beroperasi dalam kontena secara tidak selesa, sedangkan mereka bertugas secara berani dan berjasa pada negara.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kedah meminta kerajaan memperuntukan sejumlah dana tertentu untuk membiayai pesara tentera yang mengalami penyakit kronik, termasuk perkhidmatan dialesis secara percuma.

Ini pula ayat Pas yang cuba membodek polis , mereka lupa selama ini Polis lah yang menjadi sasaran maki hamun Pas sepanjang zaman. Kes Memali, Pas masih menyalahkan Polis. Hairan lah..kenapa sekarang pandai pula nak bela nasib polis...

Lidah bercabang Pas ini samalah seperti peribahasa Melayu " telunjuk lurus kelingking berkait"

3 ulasan:

  1. salam

    klu x silap, hits counter track tu boley diletakkan berape jumlah yg kita nak sebagai permulaan..kalau kita start dgn 1 juta pengunjung, maka banyaklah.

    BalasPadam
  2. Salam TM, kalau sudah Nik Abduh sendiri menegur para blogger pro PAS yang suka membawa cerita bohong yang mudah dipintas oleh blogger UMNO-BN, apa lagi yang hendak mereka tulis, nak tulis cerita betul apa yang UMNO-BN buat ? jangan haraplah.....

    BalasPadam
  3. jgnlah perasan ... cuba kira hit2 blog bpn. Tak sen pun.

    BalasPadam