Rabu, 30 Disember 2009

DOA BALA NIK AZIZ SEMAKIN MENJADI-JADI


Lihat Pak Aji tu, urut pun hanya melepaskan batuk sahaja, guna tangan kiri, mata dan badan ke lain.

Doa bala pok nik semakin dimakbulkan. Lepas satu , satu bala telah menimpa pok nik. Bermula dengan KB Mall runtuh dan meragut 2 nyawa. Hari ini pula berita sedih diterima dari Kota Bharu. Iaitu 3 orang anak Kelantan akan digantung sampai mati kerana kesalahan dadah. Pemuda PKR Kelantan juga ditahan polis kerana terlibat dengan pengedaran dadah. Dr Rosli juga tidak lenyap begitu saja.

Pernikahan di Thailand tidak dapat diterima oleh keluarga pihak perempuan. Selepas mendapat perintah mahkamah agar tinggal berasingan , rupa-rupanya dia yang mengaku pengamal ajaran Iseeelee pok Nik telah berjaya melarikan isterinya walaupun rumah mereka dikepung oleh pihak bapa perempuan. Dahsyat sungguh sumpahan Pok Nik.

Nik Aziz hari ini bergantung kepada talian hayat iaitu Husam Musa untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai MB Kelantan tetapi ternyata Husam juga mempunyai agenda tersendiri.

Pok Nik dilihat bersendirian tidak ada sokongan. Kesemua pemimpin Pas peringkat negeri dan pusat dilihat sudah tidak menyokong Pok Nik lagi. Pok Nik hanya mengharapkan anak-anaknya seperti Nik Amalina dan Nik Abduh untuk mempertahankan kerusi MB yang dilihat semakin goyah.

Husam dilihat bakal merampas tahta kerusi empuk MB dalam masa yang terdekat. Dahulu Pas Kelantan adalah sebuah Syarikat Berhad tetapi ini telah di Sendirian Berhadkan oleh Pok Nik dan keluarga. Adakah Pas Kelantan sanggup memberi laluan mudah kepada Pak Nik menukar Pas Kelantan kepada Parti Aziz Sekeluarga atau Pas Nik Aziz Sdn Bhd?

Sudah tentu tidak. Apa tunggu lagi .Mari kita angkut dia ketepi....