Ahad, 27 Disember 2009

HUSAM MUSA JUTAWAN YANG KURANG ARIF

Husam merupakan pemimpin muda Pas keluaran Universiti Malaya. Langkahnya menyertai Pas kena pada masa dan ketikanya. Pas Kelantan pada masa itu sedang tercari-cari seorang hero hindustan yang mampu menggantikan pelawak import yang semakin dibenci oleh Pas Kelantan kerana telah mencemarkan nama baik Pas di Kelantan.

Walaupun Husam tidak pernah mendapat markah yang baik atau mendapat anugerah dekan tetapi dengan jenama UM beliau sudah cukup gah untuk dilonjakkan ke atas. Hari ini berjaya menjadi orang VVIP Pas Kelantan dan sudahpan bergelar jutawan.

Menginap pun bukan dihotel yang murah seperti 3 atau 4 bintang, sebaliknya mencari hotel yang berbintang-bintang sesuai dengan bintangnya yang sentiasa bergemelapan dan bersinar-sinar. Hari ini dilihat bakal menjadi Menteri Besar Kelantan menggantikan Nik Aziz yang semakin uzur dan semakin kurang ingatan.

Husam jika bercakap sama seperti Anwar, khalayak akan terpegun dan yakin apa juga hujah mereka. Terima dan percaya bulat-bulat. Tiada yang tidak benar melainkan segala-galanya benar belaka.

Husam semenangnya yakin apa yang dituturkan, dengan muda yang selamba dan intonasi yang bersahaja Husam tidak perlu meninggalkan tanda soal di minda pendengar.

Tetapi bak kata Dr Hasbollah , hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya yang budiman saja yang mengenal apa itu budi dan apa itu kelentong.

Jika dilihat dan diamati hujah-hujahnya ternyata kosong dan tidak betul. Isu minyak dan gas yang begitu banyak dan akan diteroka dengan syarikat luar. Harga gas asli akan dijual dengan harga RM4 setong dan ini memberi satu penjimatan yang besar kepada kaum ibu di Kelantan yang mana hari ini terpaksa membayar lebih daripada dua puluh ringgit satu tong.

Semalam satu lagi faktanya yang tidak tepat, ia mengenai isu kaum India di Malaysia dan India di India. Hancur jika seorang menteri besar identitinya begini. Bercakap mengenai isu dalam negeri pun tak berapa bijak. Bagaimana pula untuk berdepan dengan isu politik antara bangsa yang cukup menekan dan menindas negara membangun seperti Malaysia.

Pada hemat TM , nak cari 10% pun tak ada jika dibandingkan dengan DS Najib dan Tun Mahathir. Tempatnya yang sesuai ialah sebagai penceramah pilihanraya sahaja. Tidak lebih dari itu.

1 ulasan:

  1. Salam

    Aku dengar hujjah dia dalam AWANI....aku ketawa sendirian....Dalam diri dia Hindu yang tinggal di Malaysia sama bijak dgn Hindu India....HUSSAM!..yang bijak IT di Indai bukan HINDU KEBUN (estate) tapi Hindu PEKAN (darjat A)...
    Kalau macam tu pemikran HUSSAM mungkin dia dok ingat Lim Guan Eng tu CINA KOMUNIS la kot...

    BalasPadam