Ahad, 27 Disember 2009

PUNCA KEMALANGAN BAS DILEBUHRAYA


Plet nombor berharga RM 80 ribu


Kemalangan maut melibatkan bas ekspress terus menjadi igauan ngeri kepada rakyat Malaysia. Setiap kali kemalangan berlaku seperti yang terjadi di Ipoh akan ada pihak yang mengeluarkan pandangan masing-masing.Ramai yang menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Pada hakikatnya semua pihak yang terlibat patut mengaku kesalahan masing-masing. Pemandu patut menyalahkan diri sendiri kerana memandu secara cuai. Tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap 40 lebih nyawa yang tidak ternilai harganya.

Mereka seolah-olah memandu sebuah kereta sport dengan kelajuan melebihi had. Memandu laju tanpa mengira hari hujan atau kering.

Mereka juga kadangkala bertindak sebagai pembuli jalanraya terutama kepada penunggang motosikal dan kereta-kereta berkapisiti kecil yang memandu perlahan dan mengikut had laju. Anda yang menghimpit dan mengekori dalam jarak dekat tanpa mengira risiko apa yang mungkin berlaku.

Kepada pemilik bas juga sudah sampai masanya untuk mereka membuat rondaan di lebuhraya untuk memantau sikap kap pemandu-pemandu bas mereka. Tidak ada ruginya jika syarikat bas mewujudkan satu skuad pemantauan dilebuhraya untuk menjada nyawa penumpang dan bas yang bernilai jutaan ringgit sebuah.

Bas juga boleh dipantau dengan menggunakan satelit sepertimana yang dlakukan oleh Konsortium Bas Ekspress yang berpangkalan di Taiping. Syarikat ini telah mengambil satu langkah bijak setelah bas mereke terlibat dalam beberapa kemalangan maut sehingga syarikat ini digantung sebulan. ( dalam tempoh gantungpun bas masih beroperasi seperti biasa).

Seterusnya yang pihak polis peronda lebuhraya juga hendaklah tegas dalam menjalankan tanggungjawab mereka. TM beberapa kali melihat kereta peronda seolah-olah merelakan bas-bas ekspress memandu laju, bahkan bas-bas ini memotong kereta peronda tanpa segan silu. Sakit hati melihat kejadian seumpama itu.

Menyingkap sedikit mengenai kemalangan Bas Ekspress Sany di Ipoh pagi semalam. Had laju kawasan tersebut ialah 80km/j jika tak silap TM. Jalan tersebut mempunyai dua lorong yang sempit. Disebelah kiri terdapat pembahagi jalan untuk lorong masuk ke bandar ipoh. Bas tersebut telah menggesel pembahagi jalan disebelah kiri badan bas dan semua penumpang yang duduk disebelah kiri tingkat bawah adalah yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Mengikut penumpang yang terselamat bas tersebut dipandu laju. Jika benar maka bas tersebut memang dipandu melebihi 80km/j.

Ada ura-ura untuk menggantung perkhidmatan syarikat ini, TM membantah cadangan tersebut kerana ini syarikatnya bukan seperti Konsortium yang mempunyai ratusan buah bas. Sany hanya memiliki 25 buah bas sahaja.

Setujukah anda jika sebuah kapalterbang penumpang milik MAS terlibat dalam nahas maka seluruh 85 buah kapalterbang dihentikan operasinya. Bagaimana dengan pemandu teksi, bas , KLIA Ekspress dan penumpang yang sudah menetapkan jadual perjalanannya?