Sabtu, 26 Disember 2009

PERJUANGAN PAS UTAMAKAN ISLAM DARIPADA BANGSA




Dimana-mana sahaja Pas berkata mereka memperjuangkan agama Islam bukan seperti Umno yang berjuang atas nama bangsa. Pas mempertahankan agama Islam berlandaskan Quran dan hadith.

Ini lah sifat Pas, bercakap bergegar-gegar tetapi pada hakikatnya ia hanyalah retorik politik. Lain yang dicakap, lain pula yang dilakukan.

Contoh paling mudah ialah gesaan Pas Kelantan yang mahukan wakil rakyat import dalam PRU 12 dahulu dihalau keluar dari Kelantan da;am PRU 13. Dalam bahasa yang lembut mengikut lidah dan suara Pas ialah ingin mengeksport wakil rakyat balik ke negeri asal.

Lihatlah...mana dia yang dikatakan perjuangan Islam? Sama sendiri pun nak pecat dan nak dihalau. Malahan Pas Kelantan lebih teruk dengan semangat kenegerian. Lebih teruk dari perkauman. Ini menunjukkan sifat Pas Kelantan yang munafik. Cakap lain tetapi perlaksanaannya lain. ikut nafsu semata-mata.