Rabu, 27 Januari 2010

DUIT EKOR 4D HARAM , DUIT WANG EHSAN ?

Tuan-tuan dan puan-puan;

Ada seorang mamat namanya Pakcik Kordi telah gatal tangan membeli nombor ramalan yang dijual secara haram dari sebuah kedai runcit. Kedai runcit ini juga menjual arak haram tetapi nak beli atau nak minum arak haram kena pergi belakang kedai, tetapi ramai juga yanng masuk dari depan dan dari belakang hanya segelintir sahaja (hardcore)

Pagi-pagi lagi ramai orang India dah melelong bila datang dari belakang kedai tersebut. Hairan bila kerap kelihatan polis tanpa uniform keluar masuk kedai ini. Depa pi belakang kut untuk melelong? Tapi bila keluar tak melelong pun. Agaknya dia pi tumpang kencing kut kat belakang?

Tapi tak lah sampai kedai barang runcit menyediakan tandas seperti restoran mamak kari kepala ikan? Tak tahu lah apa yang dia buat. Tak mahu tuduh bukan-bukan. Dia polis tugasnya menjaga ketenteraman awam.

Oppps sorry, aku dah melalut, tapi aku tak melelong hehehe.

Pada keesokan hari Pakcik Kordi terlalu gembira, meloncat-loncat macam beruk kena belacan. Kenapa? Ohh rupa-rupanya dia menang tiket 4 D. Dapat duit 200 ringgit . Tak lah banyak sampai 20 juta. Dia sebelah Pakcik Kordi ada lagi seorang sahabat dia yang kerjanya mengutip sampah untuk dijual dikedai barang lusuh. Mamat ini dikenali sebagai Mat High. setiap hari dia akan berdengung dengan arak haram yang dibeli dari kedai runcit tadi.

Kata Mat High kepada Pakcik Kordi " Hang nak buat apa dengan duit nombor ekoq tu? Hang tak tau kah orang Islam mana boleh main nombor ekoq. Haram. Hang tengok aku ,tak pernah main nombor pun" Kata Mat High sambil menogok arak haram (samsu). Kata Pakcik Kordi "

Tu lah hang bodo...kutip besi saja yang hang pandai, Hang tau dak ? duit ini duit haram, pasai kedai tu jual nombor haram.

Hang pun seropa minum arak haram. Kalau hang nak had halal sikit pi lah supermarket. Ni aku nak habaq kat hang,

Duit ini memang haram sat lagi aku nak bagi duit ni kat adik aku, suruh dia boh duit ni dalam Bank Islam dua tiga hari. Lepaih tu aku suruh adik aku bawa keluar lah. Baru lah duit tu jadi HALAL., HANG TAU KAA????

moral of the story,
Bolehkah Pas terima duit wang ehsan dari kerajaan BN yang dilebalkan sebagai kerajaan Zalim dan Haram?

Tetapi biasanya mereka akan ubah ayat, "duit tu duit minyak , duit rakyat bukan duit Umnogok."

hahahha,,,,,macam cerita "Tok Guru Ikan Kepala Besar"

Hak Cipta : Taipingmali
Boleh copi /paste, anda tidak akan didakwa dimana-mana mahkamah kerana tidak ada keadilan melainkan dalam parti keadilan sahaja. ho ho ho..