Jumaat, 19 Februari 2010

SRJKT RINI SKUDAI: JADI MODAL POLITIK HINDRAF

Ini satu lagi isu yang dimainkan oleh Hindraf. TM belum pernah melawat ke sekolah tersebut, ada ada pembaca dari Skudai Johor dapat memberi sedikit penjelasan tentang ini. 
Skudai merupakan sebuah kawasan yang sedang bergerak maju ke araha pembangunan, Jika perlu apa juga struktur pembinaan yang perlu dirobohkan ia perlu diberi laluan. 
Jika SRJK (T) Rini ini termasuk dalam kawasan projek apa salahnya dirobohkan.  Berapa ramai pelajar India di sekolah tersebut? TM rasa pelajar melayu lebih ramai dari pelajar India. (Kena siasat).
Seperkara lagi ialah SRJKT dan SRJKC di kawasan luar bandar hari ini termasuk dalam sekolah kekurangan murid (SKM). Ada sekolah yang pelajarnya tidak lebih 10 orang tetapi tersebut dipertahankan oleh kaum Cina dan India.Tidak boleh ditutup. tetapi SK yang kurang murid senang saja ditutup dan tidak menjadi sebarang isupun. 

Berikut ialah info yang diperolehi dari Waytha Moorthy.Hindraf
Waytha Moorthy February 18 at 6:35pm Reply

Tanah Sekolah Tamil Ladang Rini diduduki pendatang asing Indonesia dan UMNO roboh Sekolah Tamil sediaada.
Posted on 18 February 2010
Tanah Sekolah Tamil Ladang Rini diduduki pendatang asing Indonesia dan UMNO roboh Sekolah Tamil sediaada.

Skudai, Feb 2010- Sekolah Tamil Ladang Rini kini berhadapan dengan masalah tanah. Selepas Ladang Rini turut menjadi habuan projek pembangunan sekolah tersebut telah diroboh dan bangunan sementara telah didirikan bersebelahan dengan Lima kidai oleh Syarikat Mutiara Rini.

Pada tahun 2004 kerajaan telah memperuntukkan tanah seluas 6.1 ekar kepada Sekolah ini. Pada 12hb Oktober 2007 satu Jawatankuasa pembinaan bangunan sekolah telah ditubuhkan.

Pada 22hb Jun 2009 sebuah papan kenyataan pembinaan sekolah tersebut telah didirikan atas tanah yang diberi dan satu upacara telah diadakan dengan kehadiran Ketua mandor samy velu dan mandor Johor Balakrishnan.

Tetapi yang menghairankan adalah tanah seluas 6.1 ekar yang diberi kepada sekolah tersebut telah dibiarkan dihuni oleh warga Indonesia. Siapa yang membenarkan mereka untuk tinggal di sana masih menjadi tanda soal ibubapa pelajar Sekolah Tamil ladang Rini.

Kerajaan UMNO harus mengambil tindakan sususlan secepat mungkin dengan mengarahkan warga Indonesia tersebut dari terus menetap di tanah sekolah tersebut.

Pihak kerajaan UMNO juga harus mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah bangunan sekolah yang tetap yang dihadapi sekolah ini demi menjamin kecemerlangan akademik murid keturunan india di sekolah tersebut.

Rujuk (Makkal Osai 18/2/2010 di muka surat 6 dan Malaysia Nanban 18/2/2010 di muka surat 5).

HRP: Seperti biasa tiada sebarang surat secara bertulis atau geran 6.1 ekar tanah yang telah diberikan kepada sekolah tamil ini.

Keadaan ini juga berlaku kepada lebih kurang 90% daripada 523 sekolah- sekolah Tamil di Malaysia. Oleh kerana pihak yang menjadi mangsa adalah masyarakat keturunan India. Dengan ini ianya membolehkan kedua- dua kerajaan UMNO dan juga Kerajaan Negeri PKR, DAP dan PAS “mencuri” semula tanah sekolah tamil, kuil hindu, kubur hindu dan kampung- kampung India sesuka mereka dan terus menzalimi dan menganiaya masyarakat India di Malaysia.



S.Jayatha