Isnin, 31 Mei 2010

HASSANAH DUNIA HASSANAH AKHIRAT


Dalam doa kita setiap hari kita akan menyebut 2 ayat di atas, memohon kepada allah semoga diberikan kebahagian di dunia dan juga kebahagian di akhirat. Setiap insan berharap akan memperolehi apa yang diimpikan didunia. Setiap insan berharap kehidupan yang baik, baik dari segi ekonomi , politik dan sosial.

Walaupun harga barang semakin meningkat, ia tidak menjejaskan daya beli kita, restoran dan pasaraya masih sesak dengan pelanggan, walaupun harga minyak sudah meningkat 300 peratus kita masih mampu membeli bahan bakar untuk kereta dan motosikal. 

Jumlah kereta semakin bertambah dan kesesakan dijalan raya tetap berlaku walaupun dilebarkan sebesar Sungai Pahang atau Sungai Sarawak. 

Dahulu sebuah kereta mini 850cc harganya RM 3 ribu lebih tu pun tak ramai yang mampu beli, tahun 70an sebuah honda cub 70cc harganya Rm 800 ringgit, itu pun boleh bilang dalam kampung ada berapa biji sahaja, hari ini motosikal yang dah lama sikit dibuang-buang sahaja, ( minyak naik sejak peperangan Mesir-Israel 1967, Perang Iran-Iraq dan perang Nato-Iraq)

Hari ini setelah merdeka 53 tahun negara telah berjaya membangun dengan cukup pantas. Manifesto pilihanraya pertama 1955 oleh Perikatan telah direalisasikan dan melebihi apa yang dijanjikan. (rujuk entry sebelum ini). 

Kerajaan yang diberi mandat untuk memerintah, telah berjaya menjamin sumber makanan tidak terjejas. Kerajaan juga berjaya menyediakan pekerjaan kepada warganya sama ada dalam sektor kerajaan atau pun swasta. Sumber guna tenaga terlalu banyak dan menyebabkan tenaga kerja diimport dari luar. Ini tidak berlaku dalam tahun 60an dan 70an.

Bagaimana pun ada insan yang malang kerana gagal dalam kehidupan, berita tv1 jam 8 malam tadi masih mendedahkan ada lagi manusia yang malang dan tinggal dirumah yang buruk dan robek. Sudah tentu keluarga dari negeri jelapang padi itu mengharapkan sumbangan orang ramai atau kerajaan agar dapat berteduh di dalam sebuah rumah yang lebih selesa. 

Nak salahkan mereka kerana gagal pun tidak boleh juga. Ini kerana tahap pemikiran mereka setakat itu saja. Mahu tidak mahu, kerajaan terpaksa membantu. Akan tetapi jika terus dibantu , penyakit masyarakat ini akan terus berpanjangan. Makin ramai akan mengaku susah dan miskin semata-mata kerana mahukan bantuan kerajaan.

Pernah satu ketika dahulu dalam rancangan tv3 Bersamamu telah mendedahkan mereka yang daif dan miskin, tetapi bila kes dirujuk kepada JKKK lain punya bunyinya. Mereka sudah mendapat banyak bantuan kerajaan , untuk masuk TV3 mereka ada yang menyorok barang-barang elektrik di dalam hutan, begitu juga motosikal dan kereta juga disembunyikan dari pihak tv3.

Sabtu 29 Mei 2010 RTM telah menyiarkan satu rancangan aduan rakyat yang menunjukkan masalah banjir di Kampung Pasir Kamunting, banjir disebabkan pembinaan landasan keretapi kembar. Yang peliknya kenapa Wan Kamaruddin tidak berjumpa dengan Ketua Kampung terlebih dahulu. Sebalik menemuramah penduduk dan wakil rakyat iaitu YB Dato Muhammad Zahir Dato Khalid. 

Penduduk kampung tersebut merupakan peneroka tanah kerajaan dan mereka ialah dari kumpulan akhir dan tanah yang kosong yang dapat pada mereka ialah kawasan berpaya dan berhampiran dengan sungai.

Kejadian air naik juga bukan kerap berlaku, saperti kata Dato Zahir , beliau sering melawat kawasan tersebut dan banyak bantuan telah dihulurkan. Ketua kampung Hj Ismail Yeob Hamid telah juga berasa kesal dengan pendedahan dalam tv tersebut. Ia seolah-olah satu sabotaj untuk merosakkan imej beliau dan juga wakil rakyat . 

Ketua kampung juga mendedahkan bahawa di situ kerajaan telah membina 6 buah rumah PPRT tetapi sampai sekarang penerimanya belum membuat bayaran sesenpun. Manakala banyak lagi permohonan diterima untuk membina rumah yang sama, Cuma masalahnya mereka tidak mempunyai tanah. Jika ada tanah milik waris pun sudah memadai untuk memohon bantuan rumah PPRT.

Motif utama tajuk di atas ialah kerajaan negeri Kelantan. Nik Aziz merupakan seorang menteri besar yang gagal membawa pembangunan kepada rakyatnya. Ini menyebabkan anak-anak Kelantan bersepah di Lembah Kelang dan Johor untuk mencari rezeki, yang bijak akan berniaga dan kurang berkemampuan mereka akan makan gaji. Kelantan terus mundur.

Bagaimana pun Nik Aziz cukup bijak dalam pentadbiran beliau, beliau mengajak rakyatnya melupakan pembangunan dan mengajak rakyatnya mengutamakan akhirat. Nik Aziz lebih bersifat tok guru dan tugas utamanya ialah memberi ceramah akhirat lebih daripada usaha membangunkan ekonomi negeri. 

Bila bercakap mengenai pembangunan Nik Aziz berkata yahudi dan nasrani pun membangunkan negeri. Bagi nya yang penting ialah akhirat. Hmm kalau macam tu Nik Aziz eloklah letak jawatan dan jadi tok guru sahaja, dan biarlah negeri ditadbir oleh orang lain yang lebih arif dalam memberi hassanah didunia dan tok guru teruskan memberi hassanah diakhirat.

Akan tetapi adakah benar ilmu akhirat yang diajarkan oleh Nik Aziz? Setakat ini apa yang dapat dinilaikan, dunia pun tak lepas,  akhirat pun tak lepas. Entah apa ajaran yang dibawa tok guru pun tak pasti. Banyak yang menyeleweng dari landasan sebenarnya.