Jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Khalid Ibrahim sangat panas, Khalid hanya tunggul kayu, yang berkuasa ialah Ronie Liu, Teresa Cock, Elizabet Telanjan dan Azmin Ali.
Kesian( kasihan) dengan Menteri Besar Darul Pasir Kena Curi hari ini, dilucutkan jawatan secara halus oleh Firaun Besar dan Firaun Kecil. Apa lagi kuasa yang ada pada Khalid Ibrahim jika jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor dirampas oleh Azmin Ali hasil kerja tangan kotor oleh Kak Jijah.
Apa yang menimpa Tan Sri Khalid Ibrahim telah dilalui oleh Saudara Mohammad Fairus Khairuddin bekas Adun Penanti dan Bekas TKM Pulau Pinang. Skandal menjatuhkan Fairus Khairuddin telah didalangi oleh Dap dan PKR Cina sendiri.
Dalam isu Selangor Dap dan Pkr Cina seperti Tian Chua amat bijak mencucuk jarum kerana bagi mereka Jawatan MB perlu dipegang oleh orang yang mudah untuk kira bicara. Mungkin Khalid bekas orang Koperat mempunyai sedikit halangan bagi Dap untuk menterbalikkan negeri Selangor.
Sama seperti Fairus bekas orang kuat silat yang kuat berpegang kepada ajaran Islam dilihat menjadi halangan kepada Dap dan Pkr Cina untuk menterbalikkan Pulau Pinang mengikut telunjuk mereka.
Mungkin Dap Selangor mahukan jawatan MB dan begitu juga jawatan TKM 1 Pulau Pinang mungkin Dap mahu memonopoli semua jawatan. Berita terkini YDP Pulau Pinang juga akan digantikan oleh orang DAP.
Anwar pula amat bijak, dia melarikan diri dari Khalid Ibrahim, Sekarang Anwar di Amerika untuk memperbetulkan persepsi Anwar yang mengkritik Yahudi dan APCO.
Sekembalinya ke tanah air sudah pasti dia mahu melihat kerusi MB telah dikosongkan oleh Khalid Ibrahim tanpa banyak bicara dan banyak soal.
Apakah hala tuju baru bagi Khalid Ibrahim selepas ini? Seandainya Khalid menyerahkan borang permohonan menyertai Umno maka kita sedialah untuk melihat seribu kutukan dan keburuhan Khalid Ibrahim seperti yang terjadi kepada Zahrain, Fairus dan lain-lain.