Hari ini TM berpeluang bertemu bual secara ringkas dengan Dato Shaziman untuk kali yang ketiga. Soalan ditujukan kepada beliau sama sekali tidak ada kaitan dengan bangunan kerajaan atau pembinaan lebuhraya atau interchange ataupun politik, kerana bab politik telah dijelas sejelasnya dalam ucapan perasmian tadi. Ringkasan ucapan perasmian akan menyusur esok.
Soalan 1:
Apakah pandangan Dato' mengenai rancangan menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR?
Jawapan:
Apa yang penting ialah, negara sedang membuat persiapan ke arah sebuah negara maju selepas 2020. Kita berharap akan menjadikan negara dan rakyat sebagai negara yang berpendapatan tinggi.
Oleh itu kita akan melihat apakah jenis human capital yang kita mahu, apakah bidang kerjaya yang kronik, Apakah bidang kerja yang sesuai pada ketika itu.
Kita harus melihat dalam bentuk yang bersepadu. Kerajaan harus duduk berfikir dan bekerja supaya objektif membentuk sebuah negara maju tercapai.
Ada peperiksaan atau tidak ia harus melihat objektif masa akan datang. Jadi kita tak harus tergesa-gesa untuk menghapuskan kedua-dua peperiksaan tersebut. Segala pandangan masyarakat akan diambil kira.
Yang penting ialah negara dapat menyediakan tenaga kerja yang sesuai sebagai negara maju. Pendidikan harus berubah mengikut perkembangan seperti negara-negara maju yang lain.
Soalan 2
Hari ini kakitangan kerajaan mengalami pemotongan tuntutan perjalanan dan elaun makan sewaktu bekerja di luar kawasan. Apa komen Dato?
Jawapan:
Tentang tuntutan perjalanan ini saya kurang arif mengenai nya, selain dari gaji, bonus dan sebagainya ia perlu bergantung kepada produktiviti. Ia perlu seimbang dengan pendapatan negara.
Perkara-perkara yang asas kita tak mahu pula dipotong sampai menjejaskan produktivi. contoh seorang pekerja perlu membuat lawatan tapak, jika dipotong tuntutan ia akan menjejaskan dan ada kesan jangka panjang.
Jika seorang arkitek , sebelum membuat projek, mereka perlu membuat lawatan tapak, jika tuntutan dipotong ia tak kena lah, ia akan ada kesan kepada mereka kerana itu hak mereka.
Saya akan melihat perkara ini.- Terima kasih.