Perkasa buat laporan bidas kenyataan SU Pemuda MCA

Timbalan Presiden Perkasa, Dato' Rahman Abu  Bakar telah buat laporan polis berhubung kenyataan SU Pemuda MCA, Chai  Kim Sen dalam Merdeka Review, yg seakan-akan mencabar kerajaan agar  tidak berpeluk tubuh dan ambil tindakan tegas terhadap Perkasa.
Kenyataan  berbaur hasutan dgn menyeru Pemuda MCA akn serang habis-habisan dgn  sanggup lakukan apa sahaja utk pertahankan maruah MCA telah menimbulkan  rasa tidak selamat ahli Perkasa dan orang Melayu yang menyokong  perjuangan Perkasa.
"Kenyataan SU Pemuda MCA boleh timbulkan  ketegangan antara kaum dan Perkasa bimbang ianya akan mengundang  perbalahan kaum dan boleh akibatkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. 
Jika  sekiranya terdapat ahli-ahli Perkasa yang tercedera atau berlaku perkara  yang tidak diingini akibat kenyataan berbaur hasutan tersebut, maka SU  Pemuda MCA, Chai Kim Sen mesti bertanggungjawab dan kami berharap pihak  polis mengambil tindakan yang sewajarnya."..... ujarnya ketika sidang  media selepas membuat laporan polis di Balai Tun HS Lee. 
Dalam  masa yang sama, Perkasa turut bidas kenyataan "memang celaka betul"  oleh Chai kim Sen merupakan satu kenyataan paling biadap dan kurang ajar  yang pernah dikeluarkan oleh ahli parti kompenan BN kepada orang  Melayu. Perkataan ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh sebuah badan  politik dalam masyarakat sivil, yang membawa makna yang paling rendah  darjat sifat kemanusiaannya....
"Sehubungan dengan itu, Perkasa ingin  menasihatkan Pemuda MCA agar jangan bangkitkan perkataan-perkataan yang  boleh membangkitkan sentimen kebencian orang melayu kepada  rakan-rakannya dari etnik Cina. Saya juga mencadangkan agar MCA  membekalkan ahli-ahlinya dengan buku kecil Perlembagaan Malaysia untuk  dibaca dan difahami dalam kontek warga Malaysia sebagaimana Mao Tze Dong  membekalkan buku Merah kepada setiap rakyatnya untuk memahami doktrin  komunis".-Sahabat Gunung