Jumaat, 3 September 2010

DI MANA STANDARD PAS DALAM ISU TUDUNG TEOH NI CHING

Teoh Ni Ching
Dulu anti Songkok dan Baju Melayu
Pelacur Pas
Tambahan kepada Pas kelabu asap dalam mempertahankan Dap masuk masjid.

Lucu yang amat sangat apabila Pas menyiarkan video pelajar sebuah sekolah sedang bersiap untuk satu persembahan dalam sebuah mussolla yang dinamakan Surau Al-Falah. Pas juga menyiarkan gambar Datin Seri Rosmah dalam sebuah surau kononnya Umno and the gang tak tutup aurat.

Pas juga menyiarkan gambar seorang Ahli Parlimen Johor yang menyampaikan sesuatu dalam majlis tanpa tudung, Orang yang dimaksudkan ialah YB Dato' Azalina Othman bekas Ketua Puteri.
Azalina

Lucu juga bila Pas menempelkan gambar satu kumpulan perempuan Melayu berbaju kebaya tanpa tudung,

Jadi di mana standard Pas apabila melontar balik kisah tak bertudung kepada Umno. Ia juga menggambarkan standard Pas sama dengan Umno.  Sedangkan Pas awal-awal lagi menyatakan Pas Islam dan menolak sekular atau Kebangsaan Umno. Sekarang Pas cuba menyamakan pula dengan Umno.
Semua wanita

Zaman ini Ustazah pun berselendang saja
Kapirlah Umar
Ini bermakna Umno buat tak boleh tetapi Pas boleh...Yes,....Pas Boleh, Pas 4 All...

3 ulasan:

  1. Salam,bertudung tapi jadi pelacur DAPig, lebih baik tak bertudung dan banyak menabur jasa.

    BalasPadam
  2. Tok Guru Guan Eng potong sapi boleh makankah?

    BalasPadam
  3. petikan dari artikel ustaz dr asri (www.drmaza.com)

    Tanda Aras

    Dalam Islam kita diajar agar mencontohi yang baik, bahkan yang terbaik. Jika kita ingin mencapai sesuatu kualiti yang baik, maka kita mestilah mengambil bench-mark atau penanda aras yang terpilih. Justeru itu kita disuruh mencontohi para nabi dan pengikut mereka yang terbukti benar-benar berjaya mempertahankan prinsip kebenaran.

    Ini seperti firman Allah: (maksudnya)

    “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada (Nabi) Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik..”(Surah Mumtahanah, ayat 4).

    Firman Allah juga: (maksudnya)

    Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta dia pula mengingati Allah banyak-banyak” (Surah al-Ahzab, ayat 21).

    Nabi Muhammad itu sendiri pun diperintah oleh Allah s.w.t agar menuruti langkah dan teladan para nabi sebelum baginda. Firman Allah:

    “Mereka (nabi-nabi) tersebut adalah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (Wahai Muhammad) akan petunjuk mereka..” (Surah al-An’am, ayat 90).

    Demikianlah banyak ayat-ayat al-Quran yang Allah arahkan agar kita mencontohi teladan yang baik sebagai penanda aras dalam perjalanan hidup kita. Malang sekali, ‘orang parti’ apabila kita mengkritik tindakan parti mereka, mereka akan menjawab ‘parti lawan lebih teruk’, atau ‘parti lawan buat tak apa, kenapa kami tak boleh?!’, ‘kenapa bantah kami, parti lawan pun buat perkara yang sama?!’ atau apa sahaja jawapan yang menunjukkan penanda aras tindakan mereka adalah diukur dengan parti lawan mereka.

    Pada masa yang sama mereka kata parti lawan mereka buruk dan mendakwa mereka lebih baik dari parti musuh mereka, tapi pengukur tindakan mereka tidak lebih dari parti yang mereka tentang. Mereka sebenarnya bukan mencari yang terbaik, tetapi mereka ingin menjustifikasikan tindakan politik mereka.

    Jika itulah tahap pemikiran orang politik kita, sehingga bila pun kita tidak akan dapat membuat perubahan yang terbaik dalam masyarakat kita. Barangkali jika kita mengkritik mereka mengambil rasuah, mereka akan jawab: “pemimpin parti lawan kami ambil lagi banyak, pasal apa kritik kami?!”.

    Mereka menghalalkan tindakan mereka kerana parti lain pun buat. Jika begitu, kita tidak perlu buat pilihanraya untuk sebarang pemilihan kerena tahap ukuran atau penanda aras mereka itu sama!

    Mungkin ada yang berkata; kita guna kaedah ‘memilih mudarat yang paling ringan’ seperti yang diajar dalam qawa ‘id fiqhiyyah (kaedah-kaedah fekah). Kaedah ini mengajar bahawa apabila bertentangan antara dua mudarat atau bahaya, seseorang muslim diperintahkan agar memilih yang paling kurang bahaya atau mudarat antara keduanya.

    Kaedah ini digunakan apabila tiada lagi di hadapan seseorang pilihan yang lain. Namun jika di sana ada jalan keluar dari bahaya atau mudarat tersebut, maka kita hendaklah mendapatkannya. Pihak yang layak untuk melaksanakan kaedah ini ialah para pengundi apabila mereka mendapati kesemua parti-parti ini adalah bahaya dan mudarat, mereka terpaksa memilih yang paling ringan mudaratnya.

    Soalannya, apakah parti-parti ini hanya mampu menjadi ‘yang paling ringan mudarat’, bukan yang mampu membawa sesuatu yang baik atau terbaik?! Juga, apakah parti-parti politik ini kesemuanya merupakan bahaya dan mudarat yang kita tiada pilihan, atau mampu mencari jalan keluar?! Atau, apakah sekadar itu sahaja tahap kualiti dan pemikiran kita..

    BalasPadam