Jumaat, 3 September 2010

PAK SU MAT AROP MENGGEMPARKAN PAS PERAK DAN PAS PUSAT

Pak Su Mat Arop 65 tahun dari Kpg Tersusun Bagan Baru, DUN Kubu Gajah Selama Perak merupakan salah seorang ternama di kampung nya. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Pas Cawangan Bagan Baru, Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bagan Baru untuk sekian lama, Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Insanniah Bagan Baru dan Timbalan Pengerusi Homestay Kampung Bagan Baru.

Walaupun berusia 65 tahun, Susuk tubuh Pak Su sedikit pun tidak menampakkan beliau seorang warga emas yang lemah dan uzur. Beliau cukup cergas, segak dan sentiasa ceria dan mudah mesra. Tidak hairanlah beliau dipilih menjadi pemimpin masyarakat setempat untuk sekian lama.

Pak Su Mat menyertai Pas pada tanggal 10 Mei 1969, 2 hari sebelum Pilihanraya Umum, 3 hari sebelum berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Beliau menyertai Pas sewaktu kempen pilihanraya sedang rancak berjalan.

Pada ketika itu Perikatan dalam keadaan yang sangat tertekan kerana wujudnya beberapa parti pembangkang seperti Pas, Dap dan Gerakan. Cuma Pas ketika itu berseorangan menentang Perikatan. Pas juga amat memusuhi kaum Cina dan India dalam Perikatan. Pas amat memusuhi Dap dan Gerakan kerana kedua-dua parti itu adalah kapir laknatullah.

Beberapa bulan lepas, Menteri Besar Perak YAB Dr Zambry Abdul Kadir telah singgah dan menginap dirumah Pak Su yang dijadikan Homestay atau Inap Desa.  Berita Menteri Besar Perak menginap di rumah beliau telah mengejutkan orang Pas kawasan tersebut.

Sepanjang dua hari satu malam Zambry menginap, Pak Su memerhatikan perilaku Dr Zamry dan ternyata persepsi Pas terhadap Zambry amat menyimpang jauh. Tohmahan Pas selama ini ternyata salah dan tidak betul. Pak Su amat senang dengan budi bahasa dan ramah mesra yang ditunjukkan oleh Zambry.  Tambah Pak Su,  Dr Zambry seorang pemimpin yang alim, warak dan bewawasan.  Ternyata Pak Su amat kagum dengan beliau.

Sejak itu Pas Bagan Baru sudah mula mencurigai kesetiaan Pak Su dalam Pas, Mereka mula  memburuk-burukkan Dr Zambry. Sebagai pengusaha homestay beliau tidak boleh menolak hasrat Dr Zambry untuk menginap di rumahnya. Ini polisi beliau untuk tidak mahu mencampur adukkan antara perniagaan dengan politik.

Hati beliau semakin tawar untuk meneruskan perjuangan bersama Pas, kerana setiap kali Pas datang untuk memujuk supaya kekal dalam Pas maka semakin kuat rasa hati untuk keluar dari Pas. Ditambah pula dengan Pas Selangor, Pas Pulau Pinang semakin bercelaru, ini juga termasuk tindakan-tindakan Nizar yang semakin menyimpang.

Sejak mula menjauhi diri dari Pas menyebabkan Pas bertindak untuk mendirikan sebuah Markas di sebelah tanah beliau.  Pas dengan sombong telah berusaha untuk menghalau Pak Su secara halus dan cuba menyakitkan hatinya dengan siapnya markas tersebut. Niat buruk Pas semakin terserlah dengan tindakan mereka yang tidak Islamik.

Sekarang Pak Su sudah sedar dan terbuka minda untuk memilih Umno sebagai wadah perjuangannya yang baru. Pas tidak boleh lagi dipercayai kerana ia lebih kepada sifat pengacau sahaja. Pak Su amat terkilan dengan tohmahan rakan-rakan Pas nya.

Hari ini sempena bulan baik ini Pak Su dengan rela hati mengisi borang keahlian Umno bersama-sama beberapa orang rakannya dan menyerahkannya sendiri kepada Dr Zambry yang hadir ke sini untuk menyampaikan bantuan Hari Raya kepada mereka yang layak menerimanya. Umno Larut hari ini berjaya menambah ahli baru seramai 756 orang dalam tempoh kempen selama 2 bulan, usaha menambahkan ahli telah dijalankan oleh 41 cawangan dalam Parlimen Larut.

Kemasukan beramai-ramai ini adalah daripada penyokong pembangkang yang sudah tidak percaya lagi dengan parti mereka berdasarkan kekalutan yang berlaku hari ini. Pas sebuah parti tanpa tujuan, hasrat mereka untuk memerintah hanya impian sahaja, Pas memecah-belahkan masyarakat Melayu dalam urusan masjid, kenduri-kendara, kematian dan sebagainya.

Pak Su juga menyeru rakan-rakan Pas supaya segera meninggalkan parti dengan segera sebelum terlambat. Pas parti yang tidak mempunyai halatuju. parti ini hanya untuk menyakitkan hati orang sahaja.

Pak Su Mat juga tertarik dengan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional di bawah kepimpinan sekarang berbanding dengan Pakatan di beberapa negeri yang banyak kepincangannya.

Pak Su Mat juga berjanji untuk membantu Umno bagi membawa lebih ramai ahli Pas untuk menyertai parti keramat Malayu iti.

Pas Larut juga kini semakin teruk berpecah gara-gara perbezaan mazhab. Satu kelompok terpengaruh dengan Mazhab Syiah yang dibawa oleh Ustaz Ahmad Tajuddin Mat Jali dan satu lagi menyokong Sunnah Wal Jamaah di bawah Ustaz Rosli Hj Ramli seorang guru agama di sekolah menengah kerajaan. 

Manakala Pemimpin Pemuda Pas Nazri Din juga menghadapi masalah dalam pemuda di Kubu Gajah.  Tidak hairanlah Pas Larut semakin lesu dalam bulan Ramadhan ini.

Nota, apa yang dilaporkan oleh TM lebih tepat daripada laporan oleh setengah akhbar

12 ulasan:

  1. syabas TM ...cerita Pak Su Mat ini yg masuk UMNO sama lah juga berlaku kpd rakan2 PAS yang masuk UMNO Kg Guar Jering di Prmtg Pauh ..

    malah ada org PAS itu siap ugut lagi keluarga mereka sehingga beliau buat laporan polis ..

    ternyata org PAS spt Pak su Mat kagum dan melihat sebenar sendiri ketokohan Zambry yg sblum dituduh bermacam2 oleh pemimpin PAS ...

    BalasPadam
  2. Tak kenal mak tak cinta. Pak Su sudah pun mengenali Umno lebih dekat. Pemimpin Umno tidak menunjuk2 kewarakan mereka. Jika tak berserban tidak bererti jahil dlm agama. Iman dan takwa kpd Allah swt tak boleh dinilai dari luarannya semata2.. Syabas MB Perak Dato' Zambry teruskan perjuangan Umno di Perak.

    BalasPadam
  3. tahniah berserta sekalung budi diucapkan kepada Pak Su Mat .... hidup Pak Su Mat !!!!!

    BalasPadam
  4. Politik PAS adalah Politik Kedai Kopi.Hanya kelompok mereka sahaja yang boleh mengambil bahagian.
    Mereka sengaja menunjukan keakraban sesama mereka dikhalayak ramai supaya dilihat bersefahaman.
    Namun.... masih bersengketa berkaitan harga KELAPA SAWIT !

    BalasPadam
  5. Dah nama pun puak UMNgOk... kalo tak menipu, tak menfitnah,tak merasuah maka tak sah puasa diorang ni!

    Dalam bulan posa ni... ni la ibadah diorang. Tengok kes Khutbah; kes masuk masjid; superimpose LGE sembelih lembu; kes perkauman..... kes Raja2!

    Ape nak jadi dgn UMNgOk ni.... aku kirakan BNgang rupe-rupenya BNgok jugak! Ek...ele, tergigit lada pulak si TM ni!

    BalasPadam
  6. macam biasa, tanpa nama 02:40 adalah typical puak PiS yang macam biasa bercakap dengan hati bukan dengan otak. dah la tak mengulas isu, cuba untuk spin isu lain, dan paling best, terlalu penakut sampai sanggup gunakan tanpa nama untuk sembunyikan diri sendiri

    BalasPadam
  7. Paksu mat? sapa tu? timbalan pengerusi cawangan? sikitpun x heran! x jejaspun. biasa org kampung 'terkejut' bila ada org BESAR2 DATANG. apatah lagi dia jadi pengerusi PIBG dah LAMA. Biasanya org PAS x dapat jd pengerusi PIBG. So, dah fahamlah 'siapa n fikrah' Paksu ni. kelakarnya..TM ni...mencerekakan cereka ni..mulai macam paksu ni orang hebat..pastu diselitkan bermacam2 menserlahkan 'pemikiran katak di bawah tempurung'. cereka org mcm paksu ni...umno boleh create banyak lagi. PAS x kesahpun. siap ada cereka perpecahan 'ustaz tajudin dan ustaz rosli' lg. tetapi yang nyata UMNO PERAK berpecah tiga sekarang ni..hingga ke akar umbi..sebab tu..ada kampung ketuanya, jkkknya semua anak pinaknya..haha! kita tunggu jelah PRU13..walaupun kita tahu UMNO akan main kotor. Tapi kami yakin dengan janji Allah bahawa Dialah yang berhak memberi kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Rom,Parsi, Firaunpun tumbang.

    BalasPadam
  8. yang kelakar..nota tu..siap puji diri sendiri.

    BalasPadam
  9. http://geografizikal.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. sapa yang menyatakan pas larut berpecah belah dan mengapakah ustaz ahmad tajuddin pula yang penyebab dan pembawa mazhab syiah!?

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. haram jadah sungguh la tuan pnya blog nie..
    suka hati pak tok wan ang ja kta pkcik ak bwk ajaran syia'h..
    ap buktinya?..
    ap bukti ust tajuddin pembawa ajaran syia'h???...
    ak nk BUKTI...
    ish..spa tuan pnya blog nie?..
    ambk no ak n c0l ak.
    0134194218-syafiq..c0l ak..klw bt0l2 tuan pnya blog ni ad teloq..klw x baik buang teloq bgi anjing mkn

    BalasPadam