Selasa, 14 September 2010

Pengutip derma bergaji bulanan


Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com

AMPANG – Kebanyakan pengutip derma yang mendakwa memungut wang bagi tujuan amal menjadikan kawasan luar premis bank sebagai tempat mereka beroperasi.

Dengan bermodalkan balang plastik makanan besar, buku resit dan surat perakuan pertubuhan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak berkuasa agama, setiap seorang daripada mereka mampu mengaut kutipan sebanyak RM600 sehari.

Seorang peminta derma yang dikenali sebagai Firdaus, 16, mendakwa, dia membuat kutipan derma itu untuk sebuah rumah kebajikan di Cheras.

Sepanjang tiga bulan menjalankan aktiviti itu, Firdaus menjelaskan pernah mendapat kutipan sebanyak RM600 sehari.

“Hari biasa kurang sikit kutipan berbanding hujung minggu. Kalau di kawasan Wangsa Maju, kutipan banyak sikit daripada tempat ini (Bandar Baru Ampang).

“Kerja pun hanya lapan jam, ada orang hantar dan orang ambil selain dapat upah RM50 sehari. Saya diberi tempat tinggal di flat dekat Saujana Damansara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

NOTA KAKI: Kebanyakan mereka dikaitkan dengan parti PAS.