Isnin, 27 September 2010

Richard Branson Usahawan gila-gila yang sememangnya gila




Sir Richard Branson merupakan seorang usahawan yang berjaya mencipta kekayaan dalam usia yang muda melalui jualan langsung melalui telefon. Kemudian terlibat dalam industri muzik dengan label Virgin Record.

Kini merupakan pemilik syarikat penerbangan yang kedua terbesar di Britain. Branson juga mempunyai hobi yang gila dan kadang kala gemar memakai pakaian dalam wanita depan khalayak ramai dalam majlis sosialnya. Mempunyai sifat dan perangai seperti Raja Playboy Hugh Hefner.

Richard Branson, pengasas Virgin Group mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak agar 'campurtangan' dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai 'duri' kepada reputasi baik Malaysia.

Branson ketika berucap dalam persidangan 'Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia' yang dianjurkan oleh Malaysian Investment Develpoment Authority (MIDA)berkata, seandainya Najib seorang Perdana Menteri yang berani, beliau seharusnya menghindarkan isu ini daripada merosakkan reputasi negara. Siapakah Richard Branson dan kenapakah beliau berminat dengan kes liwat Anwar Ibrahim ?

Branson adalah rakan kongsi kepada bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dalam syarikat yang melabur di Israel, GreenRoad.

Beliau merupakan peniaga dari Britain yang mengadakan usahasama dengan Al Gore melalui Generation Investment Management Group yang juga berpengkalan di United Kingdom.