Jumaat, 1 Oktober 2010

KPERAK TERUS BERKEMBANG MAJU



KPERAK ada salah satu inisiatif yang diilhamkan oleh pucuk kepimpinan BN Perak. Tujuannya ialah untuk membentuk satu institusi dimana Perak dalam menghimpunkan ilmuan-ilmuan muda khususnya anak-anak Perak untuk menjadi usahawan yang berpendapatan tinggi berasaskan ilmu.

KPerak juga boleh diumpamakan Multimedia Super Corridor (MSC) yang dibangunkan oleh Tun Mahathir di Cyberjaya. Cuma bezanya ialah Cyberjaya mempunyai keluasan yang amat besar, sedangkan KPERAK hanya beroperasi disebuah bangunan Perak Techno Trade Center ( PTTC) di Meru Ipoh.

Bangunan ini boleh dilihat disebelah kiri lebuh raya Utara Selatan berhampirang jalan keluar ke Jelapang Ipoh. Akan datang satu kawasan Meru Raya 2.

KPERAK mempunyai beberapa bahagian seperti K-Government, K-Economy, K-Infrastucture, K-Society.

Spacetoon Media Hub yang dibangunkan melalui KPerak juga telah dan sedang menghasilkan 3 filem animasi baru yang akan menemui penonton tidak lama lagi melalui filem Mantera, Maouia Princes of Cordoba dan Net Works. Projek ini dapat dipasarkan ke seluruh dunia dan akan memberi pulangan yang besar kepada pengusahanya.

Sebelum ini KPerak melalui kerjasama dengan Aspati Sdn Bhd (Kluangman) telah menghasilkan animasi 3D melalui filem terbaru Kluangman 2.