Isnin, 11 Oktober 2010

PENTINGNYA ICT

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun membuka laptop dan 'ber'facebook dan 'ber'myspace dengan menggunakan wireless broadband Vodafone Celcom.  Hebat!!!

Notebook terpampang nama 1Malaysia. Sudah tentulah ibubapa mendapat laptop tersebut melalui kempen yang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini.

Mereka inilah yang akan menentukan kerajaan pada masa akan datang hanya melalui maklumat daripada media baru.

Sayangnya media baru ini kurang digunakan oleh BN sebaliknya Pkr, Dap dan Pas yang menguasai media ini.

Tun Mahathir merupakan individu yang bertanggung jawab dalam membawa kemajuan ICT dan beliau juga telah membangunkan MMC untuk negara.

Tun sewaktu bersara daripada politik telah disekat sehabis-habisnya untuk bersuara. Malah beliau pernah disabotaj dalam satu program di Kota Bharu. 

Tun lupa bahawa beliau mempunyai medium lain untuk terus bercakap dan menyampaikan ideanya kepada rakyat Malaysia.

Mukriz, Marina dan lain-lain ahli keluarga telah memperkenalkan blog kepada Tun. Hari ini Tun amat berbangga dengan gelaran atau panggilan Blogger. Malah penulisan dan sikap pembaca menjadi bahan kajian untuk pelajar-pelajar IPT yang membuat MBA dan PhD.

Tun juga menjadi dorongan kepada TM untuk berblog dan bukan Goblog.