Isnin, 8 November 2010

APA PERANAN PKR DI SELANGOR?


Sumbangan PKR di S'gor: Teresa Kok tak dapat jawab!

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor Teresa Kok, hari ini tidak dapat menjawab soalan yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai sumbangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menaik taraf kawasan perindustrian di negeri itu.

Ketika diajukan soalan itu oleh Ismail Sani (BN-Dusun Tua) mengenai perkara berkenaan, Kok berkata : "Saya tidak ada statistik."

Sebelum itu, beliau berkata Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 2009 telah memperuntukkan RM28 juta bagi menaik taraf 24 kawasan perindustrian di Selangor.

Bagaimanapun, Kok berkata kawasan perindustrian di Selangor terutama di luar bandar berada dalam keadaan "sangat teruk".

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan, yang mengutip cukai daripada pelabur, sepatutnya menyalurkan peruntukan yang lebih bagi meningkatkan prasarana perindustrian di Selangor memandangkan Selangor menyumbangkan lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Semasa menjawab soalan Lee Ying Ha ( DAP-Teratai ), Kok berkata kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa pengurusan kawasan perindustrian bagi memudahkan pelabur menyuarakan sebarang masalah mengenai penyelenggaraan kawasan perindustrian di Selangor.

2 ulasan:

  1. Salam ziarah..
    Peranan PKR di Selangor adalah menghabiskan segala khazanah yang ada di Selangor...kita semua tahu mereka bukan ikhlas untuk membantu rakyat...

    BalasPadam
  2. Senang nye kerja terasa cock. Goyang kaki x payah buat kerja dok
    Salahkan orang lain

    BalasPadam