Sabtu, 20 November 2010

Expo Perdagangan ke IV Kota Bharu di dalangi CIA

Nik Aziz cergas di Kelantan dan uzur di Mekah,


21 hingga 26 November di Perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke Iv Kota Bharu akan diadakan expo Perdagangan yang mempergunakan nama seorang tokoh pelayaran beragama islam sewaktu dinasti Ming Laksamana Cheng Ho. Klik sini

Dikhabarkan penganjuran ini akan dipergunakan sepenuhnya oleh penganjur Kerajaan negeri Kelantan diketuai Exco kanannya Datuk Husam Musa yang sebelum ini dilabelkan sebagai kumpulan puak Erdorgan di dalam Parti Islam Semalaysia untuk meraih sokongan peribadi kepada dirinya di dalam parti sebelum pemilihan parti.

Sumber dalaman PAS pula menyatakan diharapkan dengan adanya expo yang dilabelkan islamik ini dan berstatus Mega carnival ini dapat meredakan kegelisahan barisan pimpinan PAS yang bertunjangkan kekuatan PAS Kelantan di atas kemelut di dalam parti Keadilan Rakyat yang menyaksikan pertarungan di antara Anwar dan kekasihnya Azmin Ali dengan bekas Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Antara pengisian exco ini ialah melibatkan pameran, seminar, persembahan kebudayaan dan gerai jualan .

Walaupun ketokohan Cheng Ho melampaui paras sempadan politik dan negara namun yang menjadi persoalan termasuk dalaman parti ialah tindakan Husam Musa yang telah menjemput dua tokoh yang mempunyai kaitan jelas dengan CIA islam Amerika iaitu Amin Rais dan Dr. Surin Pitsuwan sebagai panel di dalam seminar yang akan diadakan di Kelantan Trade Centre bersebelahan dengan tapak exco.

Sebelum ini mantan Presiden PAS Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah mengkritik tindakan Amin Rais yang memecahbelahkan perjuangan umat di Indonesia dengan penubuhan parti Amanat Nasional sebelum beliau mengetahui bahawa Amien merupakan proksi CIA di Indonesia.

Amin Rais memang dikenali antara pelopor yang mengerakan reformasi di Indonesia yang berlaku sejurus goncangan krisis kewangan oleh George Soros hingga membuatkan banyak kerajaan di Asia tumbang dan tepaksa melutut kepada IMF yang berpaksikan kepada kehendak Yahudi Amerika.

Dan rakan baik Amin Rais di Malaysia sebelum ini ialah Anwar Ibrahim Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, yang banyak mempunyai kaitan dengan pelbagai pertubuhan dibawah naungan National Endowmend For Democaracy (NED) sebuah agensi yang melaksanakan kerja-kerja CIA.

Begitu juga dengan pemilihan Dr Surin Pitsuan juga telah dipertikai banyak pihak atas sikap pro Amerika/Yahudi, bekas Menteri luar Thailand yang beragama islam ini pernah dipilih sebagai ahli Pemegang Amanah The Asia Foundation pada 2003, Klik di sini. Di rantau Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, peranan Asia Foundation sangat kontroversi, kerana telah berusaha untuk memecahbelahkan Islam dengan menaja satu fahaman Islam pro barat yang dikenali Islam Liberal.

Oleh itu timbul satu persoalan adakah kini barat telah mula melihat Husam Musa sebagai pemimpin masa hadapan untuk mengetuai pakatan pembangkang di Malaysia mengantikan Anwar Ibrahim yang dikatakan mula dianggap luput tarikh oleh banyak kuasa pencatur dunia.

Lebih-lebih lagi apabila Datuk Zaid Ibrahim sendiri pernah menegaskan bahawa Husam Musa merupakan salah seorang calon sesuai mengantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua kepada Pakatan Rakyat.

Sehingga kini jumlah dana yang disediakan oleh Husam untuk expo ini dikatakan agar besar dan belum pasti daripada sumber mana digunakan untuk pembiayaan keseluruhan expo tersebut.

CIA sebelum ini banyak mengunakan instrumen agama untuk mengelirukan umum khususnya orang islam sebagaimana yang dilakukan oleh Anwar melalui gagasan masyarakat madani dan kerja-kerja oleh Fethullah Ghulan di Turki hingga membolehkan Erdorgan berkuasa di Turki, serta usaha jaringan islam liberal di indonesia.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.