Sabtu, 20 November 2010

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang dinanti-nantikan oleh pelajar Tahun Enam dan para tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di seluruh negara telah pun diumumkan.

Analisa keputusan UPSR 2010 diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud. Katanya, seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.



Keputusan UPSR tahun ini merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.

Rujuk lagi berita berkenaan pengumuman keputusan UPSR 2010 melalui pautan di bawah:

48,327 Calon UPSR Peroleh Semua A

Belajar 4.30 Pagi Bantu Vinusa Capai 7A Dalam UPSR

Pelajar Ambil UPSR Di Hospital, Calon Cacat Penglihatan Antara Dapat 5A

Calon UPSR Tulis Jawapan Guna Mulut Peroleh 4A 1B, Erra Fazira Dapat 5A

Pelbagai ragam dapat dilihat semasa keputusan UPSR 2010 diumumkan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara. Ada yang melompat kegembiraan, ada yang menangis kerana terlalu gembira, dan ada juga menangis kerana tidak mendapat keputusan yang diinginkan.

Berlalunya UPSR, menandakan berlalunya zaman sekolah rendah. Tiba masa untuk adik-adik bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan peringkat menengah. Masih ada peluang untuk memperbaiki keputusan bagi yang tidak berjaya dan mengekalkan prestasi cemerlang untuk peringkat pembelajaran yang seterusnya.