Menurut norlina, dia pernah membaca satu artikel di ruangan Editorial, News Straits Times Press (NSTP) sekitar tahun 2008 berkenaan pendedahan seorang diplomat Malaysia yang bertugas di United Nations(UN), New York.
Diplomat Malaysia itu mendedahkan terdapat visa khas untuk diplomat UN pergi ke Israel. Tidak boleh menggunakan passport biasa, kerana di dalam passport tersebut telah ditulis 'larangan melawat negara Israel', namun kepada para diplomat yang bertugas di UN, mereka diberi kelonggaran dengan keistimewaan visa khas untuk melawat negara Israel.
Menurutnya lagi, sewaktu bertugas di UN, beliau diarahkan melawat Israel. Ketibaannya disambut oleh pihak tentera Israel dan seterusnya dibawa berjumpa dengan pihak Mossad. Dalam perbincangan dengan pihak Mossad itu, mereka mendedahkan 'terdapat seorang bekas menteri yang membuka akaun rahsia di Tel Aviv'.
Setelah membaca rencana saya bertajuk " Menjejaki Lingkaran Anwar & Zionis - CSIS" [klik di sini], norlina dapat membuat pengesahan 'individu yang dimaksudkan oleh Mossad' itu. Menurut norlina, dia berkeyakinan 'individu itu' adalah Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Menurutnya lagi keyakinan itu bertambah kuat selepas membaca kandungan penuh speech Paul Wolfowitz tentang Anwar Ibrahim di Bank Dunia pada 19 Jun 2006. Klik di sini
Dalam ucapan alu-aluan Paul Wolfowitz itu, beliau selaku Presiden Bank Dunia (ketika itu) memperkenalkan Anwar kepada kakitangannya sebagai 'seorang yang sangat rapat berhubungan dengan Bank Dunia dan komuniti pembangunannya, termasuk IMF'.
Menurut Paul Wolfowitz, Anwar merupakan 'tokoh yang tidak asing lagi' kepada Bank Dunia dan IMF kerana beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Untuk Komuniti Pembangunan Bank Dunia dan IMF pada tahun 1998. Ketika itu, Anwar merupakan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Presiden Bank Dunia ketika itu adalah James Wolfensohn, seorang lagi Yahudi yang masih menjadi mentor Anwar hingga ke hari ini. Klik di sini
Anwar bergambar dengan James Wolfensohn selepas mesyuarat di London 2010. Wolfensohn merupakan korporat Yahudi Amerika Syarikat yang pernah menjadi Presiden Bank Dunia. Beliau terlibat aktif dalam rangkaian perbankan Yahudi, antaranya dalam Salomon Brothers, dan Pengerusi Lembaga Penasihat Citybank. Selain itu beliau juga merupakan Ahli Pemegang Amanah the Brookings Institution dan the Rockefeller Foundation. Beliau juga ahli CFR (the Council on Foreign Relations).
James Wolfensohn merupakan penyokong Parti Demokrat yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai Presiden Bank Dunia, ketika Presiden Bush dari Parti Republikan memerintah. Sebagai gantinya, Presiden Bush melantik kroninya, Paul Wolfowitz sebagai Presiden baru.
Bloomberg melaporkan bahawa, Anwar pernah berkempen untuk memastikan mentornya, Paul Wolfowitz diangkat menjadi Presiden Bank Dunia.
Bloomberg reported in 2005, that Malaysian politician Anwar Ibrahim, a longtime friend, had said in an interview that Wolfowitz "passionately believes in freedom and understands the issues of poverty, environment degradation, living conditions and health issues which (are) very much a World Bank agenda". Klik di sini
Dalam hardTalk Anwar dengan Stephen Sackur pada 10 Mei 2005 pula, wartawan BBC News itu menggelarkan Anwar sebagai 'Paul Wolfowitz's best friend'.Klik di sini
Malah akrabnya hubungan Anwar-Wolfowitz ini dibuktikan dengan tokoh zionis itu menjadi penulis biodata Anwar, ketika dicalonkan sebagai 100 tokoh TIME 2009. Seolah-olah hanya Paul Wolfowitz yang benar-benar mengenali siapakah Anwar Ibrahim berbanding dengan tokoh muslim lain. Klik di sini dan di sini
Maka berdasarkan kronologi ini, maka tidak hairan pada 19 Jun 2006, setelah Paul Wolfowitz berjaya menjadi Presiden Bank Dunia, beliau mengadakan "A Presidential Fellows Lecture" khusus untuk Anwar Ibrahim. Motif utamanya adalah untuk mempromote pelantikan Anwar sebagai konsultan Institut Bank Dunia.
Anwar, UNESCO dan United Nations
Selain pernah dilantik oleh Yahudi sebagai Pengerusi Untuk Komuniti Pembangunan Bank Dunia dan IMF (1998) dan konsultan Institut Bank Dunia (2006), Anwar juga mempunyai rekod perkhidmatannya dengan United Nations(UN).
Pada tahun 1989, Anwar telah dilantik sebagai Presiden UNESCO [klik di sini dan di sini] satu agensi di bawah UN yang ditubuhkan pada 16 November 1945. Selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Anwar sering menghadiri program-program anjuran UN.
Sekiranya anda berpeluang melawat UN, anda akan dapat menyaksikan sekeping foto Anwar Ibrahim (lihat foto di atas) yang dipamerkan di bangunan tersebut.
Anwar pernah beberapa kali berjumpa dengan Koffi Anan, ketika itu merupakan Setiausaha Agung UN (1997-2006). Koffi Annan juga merupakan anggota pertubuhan The Elders yang turut dianggotai oleh Jimmy Carter, Marry Robinson, Desmond Tutu(Pengerusi), Nelson Mandela yang kesemuanya merupakan rangkaian sahabat Anwar. The Elders merupakan organisasi yang ditaja oleh Ricard Branson, usahawan Kelab Gay London dan George Soros, penyangak matawang Yahudi. Klik di sini dan di sini
Ketika tempoh Koffi Anan di UN hampir tamat, Anwar merupakan salah seorang tokoh yang disebut-sebut sebagai calon Setiausaha Agung UN yang baru. Namun seperti biasa, hanya sekadar impian, Anwar gagal menjawat jawatan tersebut. Klik di sini di sini, dan di sini
Anwar merupakan kolumnis MaximsNews.com, sebuah portal terbitan UN. Foto Anwar diletakkan sebaris dengan Ambassador Richard Holbrooke, dan nama-nama berikut;
MaximsNews.com, An Independent Voice from the U.N., provides commentary and analysis from leading world figures: King Abdullah II (Jordan), HRH Prince Zeid Ra'ad Zeid Al-Hussein (Jordan), Sir Brian Urquhart, Hans Blix, Amb. Richard Holbrooke, Anwar Ibrahim, Bianca Jagger, Dr. Nafis Sadik, Shashi Tharoor, Thoraya Ahmed Obaid, Noeleen Heyzer, Masood Haider, Kerry Kennedy, Ian Williams, Stephen Schlesinger, Sen. Timothy E. Wirth, Marc Morial, Amb. Jayantha Dhanapala (Sri Lanka), Amb. Pierre Schori (Sweden), Amb. William H. Luers, Susan Roosevelt Weld, Rory Kennedy, Mehri Madarshahi, J. Michael Adams, Gloria Feldt, Jeffrey Laurenti, Rodney D. Smith, Ashley Bommer, Rory O'Connor, Genevieve Stamper, Max Stamper and others. Klik di sini
Kata Anwar mengenai MaximsNews.com;
"I would like to take this opportunity afforded by MaximsNews to go beyond these stereotypes and examine the common ground that we "Muslims, Christians, Jews, Hindus, Buddhists, Confucianists, Easterners and Westerners" share". Klik di sini
Anwar miliki Visa Khas ?
Sekiranya dakwaan mengatakan Anwar membuka akaun rahsia di Tel Aviv, kerana kebanyakan organisasi yang disertai Anwar kebanyakannya didalangi oleh Yahudi. Paling ketara, Anwar menyertai ICG (International Crisis Group) yang majoriti ahlinya adalah Yahudi serta dinasihati oleh Shimon Perez, bekas Presiden Israel. Klik di sini, di sini dan di sini
Ketika Anwar dilantik Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future(FFF) terdapat dua polemik. Pertama kenapa pilih Anwar Ibrahim kerana dia warganegara Malaysia dan bukannya warganegara Timur Tengah atau Afrika Utara yang menjadi matlamat utama yayasan Amerika itu.Klik di sini
Polemik kedua adalah berkaitan dengan pejabat FFF. Pada awalnya dirancang di Beirut, Lebanon tetapi terdapat masalah teknikal dan diganti buat sementara di Amman, Jordan. Klik di sini
Anwar sendiri turut mengakui pejabat asalnya di Beirut tetapi operasinya tergendala[klik di sini]. Kenapa pilih Beirut yang berdekatan dengan sempadan Palestin dan Israel ?
Foto-foto Anwar mempengerusi Foundation for the future
Jawapannya didedahkan oleh website moon of Alabama yang merumuskan yayasan ini turut menjalankan kerja-kerja gelap seperti menyalurkan bantuan kewangan dan senjata kepada kumpulan Fatah untuk memerangi kumpulan Hamas di Palestin. Kenyataan ini dibuat oleh wartawan penyiasat terkenal di Amerika Syarikat bernama Billmon. Klik di sini
Billmon, blogger Amerika Syarikat berhaluan kiri mendedahkan laporan Seymour Hersh (seorang wartawan penyiasat terkemuka Amerika) berhubung kegiatan gelap CIA kepada kumpulan-kumpulan militan anti-Hezbollah Sunni di Lubnan. Menurut Hersh; Sila renungkan kembali dengan mendalam mengenai skandal Iran-Contra (skandal campurtangan CIA di Iran dan Nicaragua pada zaman Presiden Reagen) dan pengunaan yayasan-yayasan kebajikan palsu sebagai topeng untuk usaha gelap menyalurkan wang kepada pihak Contra DAN membiayai beberapa tokoh neocon. Nampak tak agenda tersembunyi?
Berdasarkan kenyataan Billmon ini, penulis moon of Alabama merumuskan penubuhan Foundation for the future mempunyai motif yang sama dengan penubuhan yayasan-yayasan gelap semasa Skandal Iran-Contra. Di sini penulis moon of Alabama memberi jawapan, motifnya kemungkinan besar, Shaha Riza, CIA dan Foundation for the Future beroperasi ke arah untuk membinasakan kumpulan Hezbollah. Yayasan ini juga bakal digunakan untuk menyalurkan wang dan senjata kepada kumpulan Fattah supaya memerangi kumpulan Hamas. Apabila Fattah dan Hamas berperang sesama sendiri, kumpulan Israel bertambah kuat di atas kelemahan kumpulan Islam di Palestin. Klik di sini
Tetapi polemik yang paling besar adalah berkenaan status visa yang dipegang oleh pemegang-pemegang jawatan dalam yayasan itu, kerana mereka beroperasi di seluruh pelusuk Timur Tengah dan salah satu kompenan Timur Tengah adalah Israel.
Ketika penyiasatan isu penyelewengan Paul Wolfowitz di Bank Dunia, dua nama turut dikaitkan, iaitu Shaha Ali Riza dan Anwar Ibrahim.
On the latter, World Bank staff need to focus more carefully on the May 2006 $21,000 World Bank contract and November 2006 speaking contract to Anwar Ibrahim--who informed Robin Cleveland in October 2006 that he was selecting Shaha Ali Riza as Director of the Foundation (while retaining her G-4 tax-free income at an ineligible organization). Ibrahim, close Friend of Wolfowitz, became Chairman of the Foundation in July 2006 after his World Bank contract ended.Klik di sini
Ketika ini munculnya isu G-4 iaitu sejenis Visa Khas yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara, Amerika Syarikat kepada individu-individu tertentu yang ditugaskan menjalankan sesuatu operasi atas arahan Jabatan Negara.
Isu Visa Khas G-4 yang dimiliki oleh Shaha Ali Riza yang dikecualikan membayar cukai dipertikaikan.
Jadi sekiranya Shaha Ali Riza selaku CEO Foundation For The Future memiliki Visa Khas, bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu memangku dua jawatan serentak, selaku Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future ?