Khamis, 18 November 2010

Jenayah: Rakyat M'sia kini rasa lebih selamat

18 Nov, 10 1:44pm

Sebuah banci kebangsaan mendapati rakyat Malysia kini berasa lebih selamat berada di jalanan mahupun rumah mereka berbanding tahun lalu.

Kebimbangan menmjadi mangsa jenayah di Malaysia berkurangan daripada 58.5 peratus pada Disember 2009 kepada 55.1 peratus pada Mei 2010, kata TNS Research International, syarikat kajian pasaran terbesar di negara ini.

Menurut TNS, definisi jenayah termasuk jenayah ganas seperti pembunuhan, rogol, rompakan dan serangan teruk serta jenayah hartanah seperti kecurian, larseni dan mencuri kenderaan bermotor.

Pengarah urusan TNS, Yazid Jamian berkata penurunan 3.4 peratus dalam jangka masa yang pendek itu sesuatu yang signifikan.

Ini tanda pembaharuan yang patut dipuji kerana ia membuktikan rakyat Malaysia kini kurang takut menjadi mangsa jenayah, katanya.

Kajian itu adalah berdasarkan sampel 1,200 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas meliputi kawasan badar dan juga luar bandar. Ia dijalankan menerusi wawancara secara bersemuka selama 30 minit.

Komponen indeks rompakan dan kecurian menyaksikan penambah-baikkan paling ketara denagn penurunan 11 peratus manakala indeks keganasanjuga mencatatkan kemajuan, kata Yazid.

TNS juga dalam satu lagi bancian mendapati tahap puas hati rakyat malaysia dengan perkhidmatan polis meningkat 35.8 peratus pada Disember 2009 kepada 42.2 peratus pada Mei 2010.

Bancian itu membabit 607 responden dengan minimun 150 responden di setiap lokasi yang dianggap panas iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Responden yang kebanyakan mereka dari bandar diwawancara di luar balai polis oleh pengkaji TNS selepas mereka membuat laporan berhubung jenayah kepada polis.

Mereka disoal tiga set soalan - proses membuat laporan polis, usaha polis membanteras jenayah dan layanan yang diterima daripada polis.

Dalam kategori 'proses membuat laporan polis' - tahap kepuasan hati meningkat
36.5 peratus pada Disember 2009 kepada 42.8 peratus pada Mei 2010, kata Yazid.

Kategori 'usaha polis membanteras jenayah' dan 'layanan yang diterima daripada polis' juga menunjukkan peningkatan daripada 34.3 peratus kepada 40.5 peratus dan 36.6 peratus kepada 43.3 peratus, masing-masing pada tempoh yang sama.

Yazid berkata perkhidmatan barisan depan di balai polis mendapat 68 markah dan diberikan penarafan agak baik berbanding dengan purata 70 markah yang lazimnya diberikan kepada perkhidmatan perbankan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.