Khamis, 18 November 2010

Jawatan Kosong dalam PDRM ; Berapa persen bukan Melayu akan mohon

Jawatan Kosong Polis Di Raja Malaysia (PDRM)



Jawatan sebagai : - Konstabel

- Konstabel Tambahan

Taraf jawatan : Tetap

Cara memohon:

Calon-calon hendaklah menghadiri temuduga terbuka seperti yang ditetapkan dalam iklan dalam akhbar-akhbar tempatan dan laman web dibawah berserta dokuman peribadi yang berikut:

3 keping gambar berukuran pasport

Kad pengenalan (berserta 2 salinan fotostat)

Sijil Beranak (berserta 1 salinan fotostat)

Sijil peperiksaan, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sijil kemahiran, jika ada, (berserta 1 salinan fotostat setiap sijil)

Pemegang Resit Kad Pengenalan (JPN 1/11) yang dicop dan disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara, Petaling Jaya atau negeri-negeri

Surat sokongan Ketua Jabatan. 1salinan fotostat Penyata Perkhidmatan (kepada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)

Baju 'T' dan seluar pendek

Alatan tulis – ( Ball point pen )

Nama, No. Kad Pengenalan, Tarikh Lahir keluarga (adik-beradik) yang berumur 18 tahun ke atas

1 salinan fotostat bagi setiap perkara 3 hingga 5 di atas.



Kelayakan Fizikal:

Ketinggian melebihi atau sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa sepatu

Berat badan tidak kurang 50kg bagi calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita

Ukuran dada yang biasa 81cm dan 86cm ketika menarik nafas bagi calon lelaki sahaja

Lulus ujian penglihatan untuk kedua-dua belah mata dalam ujian berasingan

Tidak buta warna dan pendengaran yang sempurna

Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (termasuk pemeriksaan x-ray)

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.rmp.gov.my atau sila daftar percuma di portal Jawatan Kosong.