Sabtu, 20 November 2010

Kalau Malaysia miskin , penyamun pun tak akan datang

TAHAN...empat rakyat asing yang ditahan ketika pecah masuk rumah di Ampang, kelmarin.


Anwar dan pemimpin Pas sering melabelkan Malaysia sebagai negara yang parah dari segi ekonominya, pelaburan merudum dan sebagainya.  Akan tetapi jumlah pendatang yang memasuki negara kita semakin bertambah. 
Walaupun FDI Burma mengatasi negara kita, negara tersebut bebas daripada pendatang asing. Mengapa negara kita yang menjadi tumpuan?
Jawapannya ialah kerana negara kita aman, kadar jenayahnya rendah, kes pembunuhan juga rendah [ ini berdasarkan keputusan kajian sebuah universiti tempatan baru-baru ini]. Kemewahan yang dinikmati oleh rakyat dibawah pemerintahan BN dapat dirasakan oleh penduduk dunia. 
Kita sering mendengar bahawa terdapat kes jenayah samun dan rompak yang dilakukan oleh Latin Amerika ini di Lapangan terbang KLIA sebagai pencuri begasi dan beberapa kes yang dilaporkan di Pahang sebelum ini.
Dahulu hanya pendatang dari Indon, Bangla, India dan China, kini Negro dan Amerika Latin pula yang gemar datang ke negara kita.  So Anwar dan Pas jangan dok kelentong kata negara ini mundur , miskin dan teruk.  
Seperkara lagi kalau rakyat negara miskin, pemimpin Pas tak akan dapat pakai Mercedes Benz 320 dan buat rumah 3 tingkat. Sebab rakyat yang jadi ahli Pas kaya dan hidup mewah lah, mereka boleh bagi derma jihat setiap kali ada ceramah . Duit kutipana boleh dibida-bidakan untuk pemimpin mereka.  Tau-tau menikah baru. beli kereta baru......pirah cit Pas penipu.

AMPANG: Sekumpulan empat warga Amerika Latin termasuk seorang wanita berasal dari Bolivia, Costa Rica dan Mexico dicekup selepas memecah masuk sebuah rumah pesara kerajaan di Jalan Chong Kong Lin 2, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, semua mereka yang berusia antara 25 dan 45 tahun itu didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong sebelum mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah.


Katanya, dalam kejadian itu, semua mereka dicekup ketika memecah masuk rumah seorang pesara kerajaan yang pulang ke kampung untuk berhari raya, kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, ketika diserbu, wanita dan seorang lagi rakan lelakinya menunggu di dalam sebuah kereta Proton Persona di luar pagar rumah sementara dua lagi berada di dalam rumah itu.


“Mereka cuba melarikan diri dengan memecut kereta berkenaan sebaik diserbu namun polis menahan mereka selepas kereta dipandu terbabas di bahu jalan berkenaan.


“Rakan mereka yang berada di dalam rumah pula yang menyedari kehadiran polis segera melompat keluar dari rumah sebelum melarikan diri ke kawasan semak di belakang rumah itu,” katanya.




Bagaimanapun, kedua-dua mereka turut ditahan.


Abd Jalil berkata, siasatan awal mendapati ahli wanita dalam kumpulan itu ditugaskan untuk membuat pemeriksaan ke atas rumah yang ingin dipecah masuk dengan cara menekan loceng.


Katanya, jika rumah itu berpenghuni, pasti tiada siapa akan menjangka wanita berkenaan mempunyai niat jahat.


“Wanita itu sebaliknya akan bertindak mengugut mangsa dengan parang sebelum mengarahkan tiga rakan lain menggeledah rumah berkenaan,” katanya.


Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 456 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, taktik licik seorang lelaki warga emas dari Peru meragut seorang wanita di sebuah restoran di sebuah stesen minyak berhampiran Hospital Ampang Puteri, di sini, tidak menjadi apabila dia dicekup orang awam selepas cuba melarikan diri sebaik tindakannya disedari pelanggan di restoran berkenaan, Rabu lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, suspek yang berusia 57 tahun datang ke restoran berkenaan sebelum mendekati mangsa yang sedang makan bersama keluarganya.


Ketika mangsa sedang leka menjamah makanan, suspek memaklumkan kepada mangsa kononnya wangnya tercicir di atas lantai sebelum cuba mengambil beg tangan mangsa.


Abd Jalil berkata, ketika suspek cuba menarik beg tangan mangsa, orang ramai yang menyedari tindakannya terus menerpa ke arahnya.


“Suspek cuba melarikan diri, tetapi gagal. Dia diserahkan kepada polis,” katanya.


Menurutnya, siasatan mendapati suspek memasuki negara ini melalui sempadan pintu sempadan di Rantau Panjang, Kelantan.


Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.