KUALA LUMPUR - Peningkatan produk jalur lebar prabayar merupakan faktor utama Malaysia berada di kedudukan teratas dalam media sosial dunia melalui kajian yang dijalankan oleh Digital life, 10 Oktober lalu.
Zenith Media Malaysia, sebuah agensi perkhidmatan media, berpendapat Malaysia menjadi pesaing terhebat kepada negara-negara maju seperti Perancis dan Itali dalam penggunaan internet.
"Hampir 65 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia mendaftar masuk dalam talian internet sekurang-kurangnya satu kali sebulan.
"Golongan remaja yang mempunyai akses internet lebih cenderung untuk mendapatkan nasihat dari rakan sebaya dan mencari maklumat," kata agensi tersebut melalui hasil kajian persendirian yang telah dilakukan.
Ketua pegawai eksekutifnya, Gerald Miranda berkata perkembangan teknologi ini akan terus meningkat tanpa mengira status pengguna.
"Gaya aliran ini dijangka terus meningkat bukan sahaja dalam kalangan pengurus profesional, pegawai tinggi, usahawan malah meliputi golongan muda.
"Lebih 50 peratus populasi negara ini berusia bawah 25 tahun dan internet menjadi medium paling berkesan untuk menarik perhatian golongan ini," katanya kepada Sinar Harian.:
Digital life merupakan sebuah projek penyelidikan global yang terbesar pernah dilaksanakan berkaitan aktiviti dalam talian serta perilaku manusia oleh Terracom Network Services (TNS) iaitu syarikat penyelidikan khusus yang terbesar di dunia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.