Ahad, 14 November 2010

Pas membangun bersama Islam?

UMNO BN, bina masjid, Universiti, kolej Islam, pusat tahfiz, pusat al quran, pusat islam, PKZ, Baitulmal, JAKIM, Jabatan agama, Majlis Ulamak, Mufti2, Undang2 shariah, Mahkamah syariah dan macam2 lagi usaha memertabatkan ugama islam selaras dengan status Malaysia sbg sebuah negara islam ... PAS BUAT APA ? selain dari menghasut, memfitnah, menipu rakyat & jual dasar perjuangan islam, hudud kepada chauvnis dap, kerana nafsu serakah politik pemuka2 agama akhir zaman ! khawarij minda wahabi ...

apa sumber2 & peluang2 bagi meningkatkan pendapatan perkapita untuk rakyat di kelantan yang di buat oleh kerajaan pas ? KOSONG !!! hinggakan rakyat kelantan terpaksa berhijrah keluar kelantan, ke negeri2 yg diperintah oleh BN kerana peluang yang BN ujudkan secara terbuka kepada semua tanpa mengira fahaman doktrin politik !

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA.,PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

2 Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".

KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

3 PAS kata: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"

KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi"

KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA.. Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"

KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar.."

8 PAS kata: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"

KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata: "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9 PAS kata: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".

KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10 PAS kata: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".

KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata: "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Azizan Razak)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.