Ahad, 14 November 2010

Pas mesti lebih baik dari Umno?

Dalam Harakah hari ini tertulis tajuk di atas. Melucukan bunyinya. Rupa-rupanya Umno menjadi indikator dan sumber rujukan Pas selama ini. Ini berdasarkan kenyataan Nasharuddin Mat Isa dalam lidah Pas hari ini.

Ini menunjukkan Umno lebih baik dari mereka. Selama ini Pas mengkritik Umno rupa-rupa satu helah dan satu strategi Pas untuk merendahkan darjat Pas.

Pas juga pernah menuduh iaitu Umno gagal mempergunakan 'agama' berbanding dengan Pas. Ya, memang betul, hanya Pas yang berjaya mempergunakan agama untuk kepentingan politik sempit mereka.

Pas berbangga dengan label Islam tetapi tahap keimanan dan ketaqwaan mereka berada di tahap paling hina dan caca merba. Apa tidaknya jika mulut celaka mereka sanggup menggunakan mimbar khutbah untuk berpolitik dan mengkritik individu yang mereka tak suka dan mengangkat pemimpin mereka.

Pas khawarij sanggup menggantung gambar-gambar pemimpin mereka di dalam masjid. Pas sanggup mengheret masuk kapir harbi untuk bertazkirah dalam masjid dengan hadas besar. Ini yang menjengkelkan kerana selama ini Pas menghina Umno kerana membawa ahli Mic (Hindu) dan Cina (Budha atau Kristian) ke dalam serambi masjid untuk majlis-majlis tertentu. Pas lantang mengkritik , tetapi bila Umno pulang paku buah keras , Pas bukan main lagi bercabu mulut mereka mempertahankan tindakan mereka. Porrah Pas memang celaka dan hampas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.