Selasa, 21 Disember 2010

Kemalangan Di Simpang Pulai: Angkara Truck Tunda (klik utk gambar)

jalan yang sama



Bas dua lapis jadi selapis
Selalu kita dengar penarik kereta buat hal dijalanraya dengan menabur minyak, tabur paku dan sengaja buat-buat membrek secara tergesa-gesa bagi membolehkan kemalangan ujud. Kini Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S.K Devamany juga mempunyai kenyataan yang sama dengan SRO mengenai kemalangan sebuah bas persiaran di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 11.40 pagi ini yang meragut 27 nyawa.
Katanya, “Saya dapat aduan daripada penghuni dan warga Cameron Highlands bahawa mereka sering kali bertembung dengan tompok-tompok minyak yang selalu ada di kawasan itu, yang mungkin tertumpah dari kenderaan atau sengaja dilakukan,” …..kenyataan dibuat di Lobi Parlimen.
Rasanya kita tidak terperanjat pun kalau ada pihak yang membuang minyak atas jalan dan menabur paku di atas jalanraya.
Dah berkali-kali kita dengar mengenai kejadian seperti itu…..ia biasa dilakukan tukang tarik kereta…
Tuang minyak…kereta terbabas…adalah kenderaan untuk ditarik…dan adalah komisyen daripada pemilik bengkel….
Bila tayar kita pancit telefon Plus tidak pernah sampai tetapi  tak sampai 5 minit kemalangan kereta tunda dah sampai….hampir pasti kerana puak ini yang tuang minyak dan tunggu dekat-dekat lokasi….
Ini adalah antara perbuatan paling tak berperikemanusiaan di dunia ini yang berleluasa tanpa penguatkuasaan dari pihak berkuasa.Kereta tarik ini juga mendapat komisyen mengikut siapa yang datang dulu.
Dan jika benar….apakah komisyen RM500 atau RM1,000 itu berbaloi dengan 27 nyawa yang melayang hari ini?
Kenyataan Devamany ini harus diberikan perhatian segera….jangan ambil mudah kerana ada ‘binatang-binatang’ yang sanggup ambik nyawa orang untuk komisyen di negara ini…..Saya memang pasti ada tumpahan minyak di permukaan jalanraya.

Sumber: RSO