Isnin, 21 Februari 2011

ANWAR MENGARAHKAN BUKIT AMAN TERIMA DARAH AFIFA


Terbongkar semula : Anwar arah DNA afifa ditukar ?

Pendedahan The Unspinners dua hari lepas (klik di sini) membuka satu lembaran baru dalam kes pertuduhan salah laku seks Anwar-Shamshida 1998.

Dalam perbicaraan kes salah laku Anwar 1998, pihak pendakwa telah mengemukakan saksi ke 21, seorang pakar forensik, Lim Koon Boon telah membentangkan hasil kajiannya, berkenaan dengan 13 kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin pada tilam yang dirampas pada 10 Julai 1998 dari sebuah unit apartmen mewah Tivoli Villa, tempat yang didakwa berlakunya hubungan seksual antara kedua pasangan itu.

Sebab itu The Unspinners berhujah; "Mereka (penyokong Anwar) berkata air mani Anwar telah diperah sewaktu Anwar tidur atau pengsan dan kemudian disapukan atas tilam itu.
Tetapi penyokong Anwar tidak dapat menjelaskan bagaimana air mani Shamshida boleh disapu atas tilam yang sama?"

Sebab itu juga, walaupun Anwar membawa dua pakar DNA dari luar negara, Dr. Henry Roberts dari Australia dan Dr. Duncan Colin Woods dari Britain, tetapi keshahihan DNA milik Anwar dan Shamshida dari kesan tilam itu tidak dapat disangkal. Bermakna kedua-dua pakar DNA Anwar juga turut bersetuju kesan 13 tompok di atas tilam itu adalah milik Anwar dan Shamshida.

Seperti The Unspinners, seorang lagi blogger bernama X-files Anwar (klik di sini) turut membangkitkan perkara sama, pada 19 November lalu.

X-files mendedahkan; "Menurut maklumat yang sahih, Anwar telah campur tangan mengarahkan Musa Hassan,(ketika itu) pegawai penyiasat kes Anwar melarang Farah Afifah dibawa ke Bukit Aman untuk mengambil sampel darahnya, sebaliknya Anwar mengatakan kepada Musa, terima apa sahaja darah yang telah diberikan oleh Shamshida"

"Dalam masa yang sama Shamshida dikatakan telah berjumpa dengan doktor kenalan Anwar dan mengambil darah anak perempuan sulongnya bernama Farah Shazliyana. Darah Farah Shazliyana itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis"

"Bermakna ujian DNA yang kononnya dikatakan sampel darah Afifah, bukanlah darah kanak-kanak itu sebenarnya, tetapi darah anak sulong Shamshida, Farah Shazliyana."


Bagaimana kes ini timbul semula ?

Kes ini bermula daripada pendedahan Dato Khalid Jafri (arwah) melalui bukunya, "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM". Anwar sendiri membuat laporan polis supaya menangkap penulisnya yang dituduh sebagai fitnah. Hasil siasatan polis mendapati laporan dalam buku ini ada asasnya dan mendakwa Anwar ke mahkamah sehingga Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjara selama 6 tahun di Sungai Buloh.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa keraguan, terdapatnya hubungan intim dan salah laku seksual antara Anwar dan Shamshida,di Tivoli Villa. Bukti yang paling kukuh yang tidak disangkal oleh Anwar adalah laporan kimia daripada Lim Koon Boon.

Dalam perbicaraan itu juga, Musa Hassan, pegawai penyiasat Anwar (sekarang Ketua Polis Negara) mendedahkan di mahkamah bahawa Anwar telah campur tangan beberapa kali untuk menutup kes itu terus disiasat.

Kali pertama, pada 30 Ogos 1997: Anwar telah mengarahkannya supaya menghentikan siasatan lanjut mengenai surat layang berkaitan salah laku seks dan homoseksualnya bertajuk ''Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim''. Arahan Anwar kepada Musa itu dibuat di hadapan Datuk Ismail Che Rus dan Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri. Klik di sini

Kali kedua, pada 2 September 1998 (pada hari yang sama Anwar dipecat daripada UMNO) : Musa Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi beliau telah dipanggil oleh Anwar ke pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri kira-kira pukul 12.20 tengah hari pada 2 September 1998. Dalam pertemuan itu, menurut Musa, Anwar menyatakan kepada beliau, apa gunanya beliau memanggil saksi-saksi untuk merakamkan pernyataan mereka kerana Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar telah menulis surat kepadanya menafikan tohmahan-tohmahan kegiatan seksual dan homoseksual yang dilakukannya. Klik di sini

Semasa perbicaraan itu, Musa Hassan juga turut menyatakan kekecewaannya kerana Anwar telah mengarahkannya supaya tidak membawa kanak-kanak (Afifa) ke Bukit Aman untuk diambil sampel darah, sebaliknya menerima apa sahaja darah yang diberikan oleh Shamshida.

Di kalangan inner circle Anwar (setakat ini penama itu perlu dirahsiakan) mengetahui Shamshida telah membawa Farah Shazliyana (anak sulongnya) dan bukannya Farah Afifah (kanak-kanak yang sepatutnya diambil sampel darah) ke klinik kenalan Anwar Ibrahim. Sampel darah Shazliyana itu telah diserahkan Shamshida kepada pihak polis.

Inner circle Anwar itu turut mendakwa mereka mempunyai bukti nama doktor dan alamat klinik yang telah pemalsuan pengambilan sampel darah tersebut.

Arwah Khalid Jafri, penulis buku 50 Dalil juga turut mengetahui perkara ini. Selepas didapati bersalah di mahkamah akibat kenyataan polis mengesahkan hasil ujian DNA (darah yang diserahkan oleh Shamshida) mendapati pemilik darah itu bukan anak Anwar, arwah Kahlid Jafri berusaha membuat rayuan dengan menyertakan bukti-buktinya serta mendesak ujian DNA dilakukan sekali lagi ke atas Farah Afifa, namun belum sempat rayuan dibuat arwah telah meninggal dunia akibat kencing manis.

Datuk Nallakarupan yang sebelum ini berpihak kepada Anwar, kini telah beralih arah menjadi penentang Anwar.

Pada tahun lepas, Datuk Nalla telah membuat pengakuan bahawa semua tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar pada tahun 1998 adalah benar dan beliau menyesal kerana tidak bekerjasama dengan pihak polis sebelas tahun lepas.

Datuk Nalla merupakan individu penting dalam kes perbicaraan Anwar pada tahun 1998, iaitu orang tengah yang membawa Anwar-Shamshida dalam kereta miliknya, Daimler WBV 37, ke Trivoli Villa, Bangsar.

Ketika itu, Datuk Nalla adalah Pengarah Eksekutif Magnum Corporation (syarikat judi) memiliki dua unit Tivoli Villa (2-5-13 dan 2-5-14), di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa, tempat Anwar dan Shamshida didakwa melakukan hubungan terkutuk itu.