Apabila Umno dan Perkasa bercakap mengenai Ketuanan Melayu, Pas dan Pkr mengkritik hebat Umno dan Perkasa.
Hari ini apabila sokongan Melayu semakin merosot dan semakin menipis terhadap Pakatan Rakyat kerana Anwar mengagongkan Ketuanan Rakyat sama seperti Dap yang mencari kesamarataan dalam segala hal menyebabkan Melayu muak dan marah dengan agenda pembohongan mereka.
Menyedari akan kesilapan dan salah tafsir mereka terhadap Ketuanan Melayu menyebab Pakatan haram yang mendapat nasihat daripada yahudi dan nasrani terpaksa mengundur beberapa langkah kebelakang untuk kembalikan sokongan Melayu yang semakin hilang dengan mengadakan forum atau konvensyen ketuanan Melayu.
Jom kita dengar apa kata mereka dalam video ini;
Ternyata pemikiran Cikgu Azmi dari TERAS amat cetek pemahamannya dalam isu Tanah Rezab Melayu.
Isu Tanah Rezab Melayu telah dibincangkan cukup panjang dalam Perhimpunan Agung Umno.
Tun Mahathir telah menjelaskan bahawa Tanah Rezab Melayu adalah agenda penjajah . Orang Melayu akan terus menjadi ketinggalan jika terus mempertahankan Tanah Rezab. Melayu akan kekal tinggal di tanah rezab seperti yang berlaku kepada kaum Indian di Amerika dan Australia.
Mengikut Tun , Untuk menaikkan nilai tanah rezab tittle hak milik boleh ditukar kepada hak milik biasa atau dari taraf kampung atau tanah kebun kepada tanah komersial atau industri. Oleh itu nilai tanah akan meningkat dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.
Begitu juga keadaannya pada nilai tanah di Kampung Baru. Pada tahun 80an, nilai sekaki persegi tanah di Kampung Periuk bersebelahan Jalan Tunku Abdul Rahman cuma bernilai RM4 sekaki persegi, sedangkan tanah milik Melayu yang berada di sebelahnya nilainya berlipat kali ganda.
Oleh itu jika pemilik tanah rezab Melayu yang ingin menaikkan nilai tanah , mereka perlu untuk menukar status daripada tanah rezab kepada tanah komersial.
Rezab Melayu adalah idean penjajah dan ianya tidak releven untuk dipertahankan.
Kepada Saifuddin yang mendakwa PERKASA mempunyai saham yang besar ternyata satu pembohongan seorang munafik kerana bercakap berasaskan retorik tanpa bukti yang kukuh.
Saifuddin perlu juga menyiasat dan melihat sendiri saham-saham dan deposit tetap milik Azmin Ali , Shamsidar dan adik beradik Shamsidar seperti Johan, Jamil dan lain-lain yang jauh besar, tujuh keturunan makan tak habis.
Saifuddin semakin munafik kerana semakin kaya dengan wang yang perolehi daripada sumber-sumber haram.
Jika dahulu sewaktu Anwar dalam penjara, beliau hanya mampu memandu sebuah Toyota Unser tetapi kini bukan sahaja memiliki sebuah Fortuner tetapi saham-saham nya juga sudah mencecah jutaan ringgit. Azmin dan Saifuddin pengikut setia Anwar yang sedang mengumpul kekayaan peribadi.
Menurut Umi dan rakan-rakan bekas Pkr, setiap kali Azmin memberikan wang tunai kepada mereka, wang tersebut baunya seperti tersimpan lama dalam peti besi, atau dalam tanah. Ini kerana wang tersebut tidak mempunyai bau seperti mana wang yang tersimpan dalam ATM atau bank.
Azmin dan Anwar menyimpan wang di rumah sendiri saperti menyimpan tong biskut atau menyimpan dukomen , berkotak-kotak , bertin tin. hebatnya Pkr. Tidak hairanlah Azmin mampu memiliki beberapa buah istana ala White House di beberapa lokasi di Lembah Kelang.
Dengan demikian, cakap Cikgu Azmi ini hanyalah cakap politik dan tidak perlu di praktikkan