Selasa, 1 Februari 2011

Lidah Biawak! Bila kalah, mula menyalahkan orang.

Kekalahan PAS di Tenang sudah dijangka, cuma UMNO tidak pernah mendabik dada dan meramalkan akan menang dengan majority bedar.

Umno tidak pernah menjanjikan intan berlian dan syurga sebagaimana yang PAS lakukan

Idris Ahmad menyangkal dakwaan Umno yang mendedahkan belang dan sandiwara mereka dengan tuduhan lidah bercabang.

Pengundi Tenang tahu lidah siapa bercabang dua ,tiga, enam dan tujuh.

Bila kalah Pas menyalahkan pengundi Tenang kononnya berada dalam zaman jahilliah kerana mengundi dan untuk mengukuhkan pemimpin BN.

Berikut adalah hujah lidah biawak Pas



PRK Tenang perkukuh pemimpin BN hipokrit

Harakahdaily
2011-01-31KUALA LUMPUR, 31 Jan: Pilihan raya kecil Tenang memperkukuhkan lagi anggapan bahawa pemimpin Umno dan BN yang hipokrit dan lidah bercabang, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad (gambar) dalam satu kenyataannya.

"Bercakap dengan orang bukan Islam mereka memberi tahu PAS hendak tegakkan negara Islam, berhadapan dengan orang Islam mengatakan PAS sudah buang negara Islam kerana takut kepada DAP."

Parti Islam Semalaysia (PAS), katanya, mengucap tahniah kepada pengundi dan semua petugas pilihanraya kecil Tenang dari kalangan PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus untuk membantu calon Pas.

Semua penyokong Pakatan Rakyat bertungkus lumus seolah-olah mereka yang bertanding. Pertolongan yang datang dengan ikhlas tanpa bantuan dan upah, malahan ada di kalangan mereka yang mengeluarkan wang poket sendiri untuk melancarkan jentera pilihanraya, katanya.

"PAS mengucap tahniah dan penghargaan kepada Cikgu Normala Sudirman yang mewaqafkan diri untuk bertanding dalam pilihanraya kecil 31 Jan 2011 untuk mewakili PAS dan Pakatan Rakyat. Penghargaan khusus kepada Cikgu Maaruf yang memberi dorongan dan perangsang kepada Cikgu Normala sepanjang tempoh berkempen," kata Idris.

Tambahnya, isu untuk menjauhkan orang bukan Islam dengan PAS masih gagal walaupun isu salam dan negara Islam. PAS juga berpandangan kempen BN hendak memburukkan perjuangan PAS di hadapan orang bukan Islam gagal.

"Pemimpin Umno yang hipokrit dan lidah bercabang, bercakap dengan orang bukan Islam mereka memberi tahu PAS hendak tegakkan negara Islam, berhadapan dengan orang Islam mereka mengatakan PAS sudah buang negara Islam kerana takut kepada DAP," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.