Sebentar tadi TM telah menghubungi Perkasa Daerah untuk bertanya pandangan Perkasa mengenai kenyataan YB Dato Mahfuz Omar mengenai Konvensyen Melayu yang disiarkan dalam akhbar tempatan hari ini.
Menurut En Othman Mohamed, Pas tidak perlu sibuk dengan agenda Melayu.
Ini kerana Pas tidak pernah memperjuangkan Melayu, malah YB Dato Seri Nik Abdul Aziz , menteri besar Kelantan sendiri malu dengan perkataan Melayu. Bagi Pas Islam lebih utama dari Melayu.
Dahulu Pas berkata, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) kafir kerana memperjuangkan Melayu dan bukan memperjuangkan Islam seperti yang dilakukan Pas.
Umno kapir kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Hari ini apabila Pas berkawan dengan DAP, Nik Aziz tidak lagi berani menggunakan perkataan kapir terhadap UMNO.
Jika Nik Aziz melabelkan kapir terhadap UMNO ini bererti Pas juga jatuh kapir setelah bersama DAP.
Oleh itu UMNO dilabelkan sebagai Jahilliah. Kita fahamn bahawa , manusia zaman jahilliah menyembah berhala. Ini bermakna UMNO juga menyembah berhala.
Oleh itu tiada bezanya Nik Aziz melabelkan UMNO sebagai jahiliah ataupun kapir. Cuma ia dapat melembutkan sedikit hati Lim Guan Eng dan Karpal Singh dan sebagai usaha menutup Pas mengkafirkan diri sendiri.
Inilah fatwa Pas baru yang dikeluarkan oleh Nik Aziz yang ingin menjatuhkan sebuah kerajaan yang berjaya membangunkan syiar Islam di bumi ini.
Tidak ada negara lain didunia yang berjaya dalam melaksanakan fiqh Islam selain daripada Malaysia yang ditadbir oleh UMNO dan BN.
Perkasa sejak penubuhannya telah berusaha mempejuangkan Melayu, Ketuanan Melayu dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.
Usaha Perkasa dalam memperjuangkan ketuanan Melayu telah ditentang oleh PAS tetapi hari ini sudah lain pula bunyinya.
Pas sudah lupa bahawa mereka pernah menghalang kereta Sultan di Kuala Kangsar, Pas ingin menurunkan kuasa raja, bagi mereka Sultan tidak memberi faedah kepada ekonomi negara.
Inilah Pas yang cakap tak serupa bikin
OTHMAN MOHAMED
Timbalan Pengerusi
PERKASA DAERAH LMS
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.