Sabtu, 26 Februari 2011

PAS GUNA PELAJAR DI KERDAU DAN MERLIMAU


Nampaknya Pas semakin terdesak untuk menang dalam PRK kali ini, Jika di beberapa PRK sebelum ini Pas kalah teruk, kali ini Pas akan menukar strategi pulak.

Jika di Bagan Pinang Pas membawa budaya samseng, tetapi di Galas dan kini Pas akan menggunakan strategi memujuk dan lebih berhemah. Ini diakui sendiri oleh YB Dato Seri Abdul Hadi Awang dalam temubual bersama RTM di Temerloh, pusat penamaan calon tadi.

Pas akan membawa turun pelajar-pelajar dari IPT Awam kerana Timbalan Menteri Pengajian Tinggi memberi laluan seperti mana yang berlaku di Galas. Pelajar wanita yang cantik manis akan menjadi perayu undi untuk memujuk pengundi di Kerdau dan juga Merlimau. Mereka amat mudah dikenali kerana memakan pakaian atau vest yang sama seperti di Galas.

Mereka juga menggunakan scarf dan muffler yang dililit pada leher. Mereka membawa slogan "Kelantan Maju di bawah kepimpinan Ularmak Pas."

Harap HEP IPT tempatan dan juga Khaled Nordin dan Saifuddin sedar akan apa yang sedang berlaku di Kerdau dan Merlimau.

Pas menaruhkan harapan yang tinggi untuk menang di Kerdau.

4 ulasan:

  1. laaaaa Taiping..Saifuddin lg, sedari mlm td kita borak pasal Saifuddin..tak abis2 lg ke nak pasang kaki si Saifuddin ni.???? apa lah dibawa budak2 IPT ni dek pakatan haram ni lg..budak2 sekolah mana faham sgt ttg selok belok pemerintahan dia kena ada skill dan tujuan so kena habiskan blajar dolu..kesian budak2 sekolah ni ye..

    BalasPadam
  2. KALAU BOLEH Lembu dan Kambing, anjing dan kuching pun PAS nak gunakan...

    BalasPadam
  3. Kementerian Pengajian Tinggi(KPT), do something. kalau tidak, anda adalah satu badan yg tidak amanah.

    BalasPadam
  4. TM, kamu menghina pengundi-pengundi. Awak ingat pengundi2 , terutamanya pengundi2 lelaki , tu begitu rendah moral dan pendirian mereka untuk mengundi semata-mata kerana tertarik dan tergoda dengan kecantikan wanita, gadis, pelajar-pelajar wanita atau lelaki jambu yang berkempen untuk pilihanraya ini? Awak silap... undi orang-orang PAS tak boleh dibeli dengan sesuatu yg berbentuk kecantikan fizikal..

    BalasPadam