Kira-kira 10,000 orang Melayu dijangka menghadiri Perhimpunan Melayu Perkasa Perak yang berlangsung di kawasan litar lumba mini Pasir Salak, dekat Kampung Gajah, Sabtu ini.
Perhimpunan bermula jam 2.30 petang dengan tema `Melayu Bangkit di Pasir Salak ‘ itu dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri Perak dan rakyat Parlimen Pasir Salak.
Yang DiPertuanya, Ahmad Zaini Ismail, berkata perhimpunan berteraskan perpaduan Melayu yang menjadi kunci perpaduan rakyat Malaysia dan bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh itu akan diserikan lagi dengan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
“Amanat dan ucaptama akan disampaikan oleh Dr Mahathir kepada lebih 10,000 orang Melayu yang dijangka menghadiri perhimpunan ini.
“Kita menjemput semua orang Melayu tanpa mengira fahaman politik dan status untuk sama-sama mendengar amanat yang bakal disampaikan oleh kedua-dua tetamu kehormat,” katanya pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.
Perkasa Daerah Larut Matang dan Selama akan menghantar 10 buah bas dengan atau lebih kurang 400 ahli untuk perhimpunan ini, kata En Othman Mohamed. Timbalan Pengerusi Perkasa Daerah.