Isnin, 21 Februari 2011

Ujian DNA perlu dibuat ke atas Fara Afifa

“Jika benar Fara Afifa anak Shamsidar bersama Azmin, saya minta supaya anak itu dibawa ke Polis Bukit Aman untuk menjalankan ujian DNA dan bukanlah dengan hanya memberi sampel darah.

Demikian tegas Ummi Hafilda Ali, ketika ditanya mengenai persoalan siapakah bapa sebenar kepada Farah Afifa.

Menurut Ummi, hanya ujian DNA sahaja yang dapat menjawab sama ada Anwar atau Azmin adalah bapa sebenar kepada salah seorang anak Shamsidar itu.

“Memang sebelum ini Tan Sri Musa Hassan ada meminta supaya sampel darah anak Shamsidar diserahkan bagi membuat ujian itu namun disebabkan helah Anwar dan kekasihnya yang ingin menyorokkan perkara itu mereka membawa sampel darah anak kedua Azmin iaitu Fara Shazliana.

“Kita boleh tengok bagaimana penakutnya mereka ini yang masih cuba menyorokkan hubungan seks terlarang mereka ini. Mengapa perlu takut untuk membawa sampel darah anak itu (Fara Afifa) jika dia benar-benar anak Shamsidar bersama Azmin.

Menurut Ummi, jika sebelum ini dia dicemuh dan dihina masyarakat namun kini setelah berbelas tahun beliau kembali untuk membuka pekung Azmin yang begitu hina sehingga sanggup membiarkan Anwar meniduri isterinya sendiri demi mengaut kekayaan.

“Saya rela hilang abang kandung saya sendiri (Azmin Ali) daripada membiarkan 27 juta rakyat Malaysia tertipu dengan komplot politik hina dia dan Anwar untuk memerintah negara”

Demikian luahan Ummi Hafilda Ali yang merupakan darah daging kepada Azmin Ali dan sekaligus adalah adik ipar kepada Shamsidar Taharin yang juga kekasih Anwar Ibrahim.

“Saya bukan menuduh atau mereka cerita tetapi saya siasat. Apa yang saya sampaikan pada hari ini adalah apa yang saya nampak, bagaimana perancangan licik Anwar dan Shamsidar untuk bertemu dan melempiaskan nafsu serakah masing-masing.

“Lebih teruk ketika saya menceritakan mengenai kejadian itu kepada Azmin, saya lebih terkejut kerana dia (Azmin) lebih maklum mengenai perkara itu berbanding saya.

Jelas beliau lagi, perbuatan dayus Azmin dengan menghalalkan Anwar meniduri Shamsidar adalah sesuatu yang langsung tidak dapat diterima.

Ummi yang turut membawa beberapa dokumen yang membuktikan sejauhmana Anwar dikatakan ‘membela’ Shamsidar untuk melempiaskan nafsu serta bukti hidangan wang jutaan ringgit buat Azmin mungkin sebagai tanda terima kasih kerana membenarkan beliau mengadakan hubungan seks bersama isterinya.

“Sebelum ini saya pernah mencabar ketiga-tiga merka untuk membuat sumpah laknat sebagaimana Saiful Bukhori buat namun kesemuanya penakut dan mereka hanya pandai bercakap, menfitnah dan menipu sahaja.

“Saya akan terus berjuang untuk mendedahkan keburukkan perangai abang kandung darah daging saya dan kakak ipar saya sendiri walau sebesar mana longgokan wang dihadapkan di depan mata saya.

Tambah Ummi lagi, pengalaman mengharungi kemelut kes liwat Anwar ini banyak mengajar beliau untuk bertabah dan berjuang ke jalan yang benar.

Tegas beliau, semua cerita yang didedahkan olehnya Ummi bukanlah sebuah kisah yang baharu yang direka-reka tetapi cerita yang diselongkar oleh beliau sendiri.

“Saya bukan penjenayah besar seperti Botak Chin atau Bentong Kali tapi bagaimana Anwar meminta lebih 50 orang polis melompat masuk dalam rumah saya untuk menahan saya yang merupakan seorang wanita biasa.

Katanya, bagi menutup kes liwat yang berlaku satu ketika dahulu Azmin menawarkan wang dengan jumlah yang besar supaya beliau menarik balik surat aduan tentang salahlaku seks Anwar kepada Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri.

Sumber: Ain @Perak Today