Isnin, 28 Februari 2011

Yuhaizad Kapir

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad merasakan calon Pas di Merlimau dan Kerdau sukar untuk menandingi calon BN dari pelbagai sudut.

Jika di Galas dan Pas berbangga dengan calon mereka seorang doktor dan mengangkat calon tauke ikan di Manik Urai.

Di Tenang Normala 'Sophia Loren' walaupun  dikatakan comel oleh Pas dan mampu menawan hati pengundi tetapi tidak kesampaian hajat mereka kerana Pas tak kaji siapa bapa Normala yang mempunyai isteri Siam dan Indon. Faktor keluarga yang hancur menyebabkan Pas kalah teruk di Tenang

Idris ( bakal calon MP Bukit Gantang) telah berpesan supaya Pas tidak mainkan isu calon sebaliknya menggunakan isu Kelantan sebagai negeri contoh dan kenaikan harga barang dan minyak RON 97 sebagai modal Pas untuk menawan hati pengundi.

Kenapa Idris takut nak mengangkat  atau melambung kredibiliti calon Pas? Idris sebenarnya takut apabila pengundi tahu siapa sebenarnya calon Pas.

Ok lah , kalau Idris masih nak sembunyikan rahsia-rahsia mengenai calon mereka, di sini kami dari pihak BN mahu kasi bongkar sikit. kasi cili boo sikit.

Yuhaizat telah mendapat latihan di IKM milik Mara, milik kerajaan BN, milik DEB. Selepas tamat latihan beliau bekerja di kilang elektrotik Siemen dan berjawatan sebagai juruteknik. Prestasi kerjanya tidak memuaskan pihak kilang kerana kerap PONTENG KERJA, suka melambat-lambatkan waktu solat dengan wirid yang mengambil masa lama dan akhirnya melepaskan jawatan dikilang tersebut.

Beliau pernah terlibat dalam demontrasi jalanan membela Anwar dalam tahun 1998. Yuhaizat seorang yang gagal dalam bidang kerjaya. Akibatnya kerajaan menjadi sasaran kutukannya sepangjang hari sepanjang tahun. Tidak ada yang baik yang ada pada kerajaan, seperti biasa kerajaan yang memerintah adalah kerajaan zalim yang menipu rakyat.

Bagaimanapun dia lupa bahawa hidupnya banyak bergantung kepada wang kerajaan yang zalim. Ini kerana isteri beliau Shakila adalah seorang kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai seorang guru di SK Cincin, Jasin sejak 2004.

So , apa agendakan Yuhaizat nak balun kerajaan?

kalau muka tak malu,  macam tu lah dan ingat lah, layakkah beliau bergelar wakil rakyat?