Isnin, 14 Mac 2011

Anwar nak saman lagi kerana dipaksa serah DNA? Apa punya penyu saman laaa Anwar

Permohonan pendakwa raya untuk mendapatkan sampel DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan mereka dieksploitasi ahli politik tertentu, kata Karpal Singh.
Beliau yang mengetuai pasukan peguam bela Anwar percaya pendakwa raya kes Fitnah II mahu menutup kes itu, tetapi membatalkan hasrat akibat campur tangan politik.
"DPP (Timbalan Pendakwa Raya) dieksploitasi ahli politik. Beliau (Yusof) mahu menutup kesnya selepas pegawai penyiasat memberi keterangan minggu lepas.
"Malah, beliau memberi isyarat kepada mahkamah untuk berbuat demikian minggu lalu," katanya di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Namun, beliau terkejut kerana pendakwa raya tiba-tiba berubah fikiran dan membuat dua permohonan di mahkamah, hari ini.
Pendakwa raya hari ini memohon Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah mengkaji semula keputusan menolak bukti DNA yang diperoleh polis secara tipu muslihat ketika Anwar ditahan.
Mereka juga memohon mahkamah supaya mengarahkan Anwar memberi sampel darah bagi pemprofailan DNA dan proses penghujahan kedua-dua berlangsung hari ini.
"Sangat jelas, ada seseorang meminta beliau (Yusof) berbuat demikian," kata Karpal lagi.
Mengulas tindakan Perkasa, Gaps dan Suara Anak-anak Mamak Malaysia yang berdemontrasi meminta Anwar menyerahkan DNA, Karpal mengingatkan mereka supaya tidak campur tangan dalam proses perbicaraan.
"Perkara ini sangat serius. Ia boleh jadi penghinaan kepada mahkamah. Hakim sudah memberi amaran agar pihak luar tidak masuk campur sehinggalah hakim membuat keputusan berdasarkan bukti-bukti yang ada.
"Saya tidak teragak-agak membawa pihak berkenaan ke mahkamah dan sumbat mereka ke penjara," kata Karpal.
Beliau juga menganggap keputusan Anwar untuk tidak menyerahkan sampel DNA sebagai tepat bagi mengelak kemungkinan terdedah kepada eksploitasi seperti dalam kes Fitnah I.
"Pada 1998, terdapat salah guna sampel DNA yang diambil. Anwar membuat keputusan sangat tepat untuk tidak memberikan sampel darahnya," katanya.
Pada kes Fitnah I, hakim ketika itu menolak bukti DNA yang dikemukakan pendakwa selepas pegawai polis yang menyiasat kes itu, ASP Rodwan didapati meletakkan DNA Anwar pada tilam yang dikemukakan sebagai bukti di mahkamah.
Perbicaraan itu, akhirnya berlangsung berdasarkan surat-surat tuduhan yang ditulis saksi pendakwa serta keterangan lisan semata-mata. Antaranya surat Ummi Hafilda Ali.
Karpal berkata, undang-undang yang sedia ada tidak membenarkan tertuduh untuk menyerahkan DNA dan jika mereka dipaksa berbuat demikian, tertuduh boleh mengambil tindakan saman boleh dibuat terhadap pendakwa atau polis.
"Undang-undang dalam negara ini jelas. Anda tidak boleh memaksa seseorang itu menyerahkan DNA mereka. Undang-undang menyatakan jika kita dipaksa memberikan sampel darah, kita boleh menyaman individu yang memaksa kita berbuat demikian," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 ulasan:

  1. agk2 saman tu ad diskaun x?

    BalasPadam
  2. Bukan seseorang yang menyuruh pendakwa raya membuat permohonan itu...Tapi kami rakyat malaysia keseluruhannya mahukan kebenaran..bukan penipuaan dan bermain silap mata di mahkamah!!!!

    BalasPadam
  3. komen bodoh ni...

    BalasPadam
  4. Kita sejak dulu lagi secara terus-terusan diperbodohkan dek kapal pusing ini. Dia hanya hidup atas prinsip dan teori undang-undang yang diamalkan dinegara ini tanpa mengambilkira langusung unsur masyarakat banyak.

    Wahai Karpal dan Al-Juburi, sedarlah kamu bahawa rakyat banyak jelak, loya, jijik dan mual dengan tindak-tanduk kamu. Kamu cuba sedaya upaya penggunakan apa juga ranting peruntukan undang-undang untuk keperntingan peribadi.

    Aku yakin, Al-Juburi sedara bahawa rakyat banyak mencemuh dan jijik kepadanya. Namun begitu, peluang mencuci 'konspirasi' Fitnah II menerusi penyerahan DNA secara kukarela tidak dihiraukan.

    Rakyak Malaysia, apa azam dan janji kita buat si bangsat ini? Sesuatu perlu dilakukan dan ditunjukkan kepada si bangsat ini. Jika tidak mahu dia melihat atau mendengar apa yang dilakukan, kita humbankan dia kerana dialah HARAMJADAH terlampau mengaibkan!

    BalasPadam
  5. kenapa takut?kalau dna tdk sama so habis cerita..

    BalasPadam
  6. Pihak peguambela Anwar akan berusaha utk meyakinkan Hakim bahawa kes liwat yg dihadapi Anwar adalah konspirasi politik kerana
    tidak ada cara lain utk Anwar mengelak dpd kes liwat sekarang.
    Dia tidak akan serah DNA kerana itu umpama memasukan lehernya ke tali gantung.

    BalasPadam
  7. tak boleh bagi sampel darah utk pbndingan DNA, pndakwa mohonla pula sampel tahi, kencing, peluh, ludah, hingus, rambut dll. kenalah kreatif...

    BalasPadam
  8. "Anda tidak boleh memaksa seseorang itu menyerahkan DNA mereka. Undang-undang menyatakan jika kita dipaksa memberikan sampel darah, kita boleh menyaman individu yang memaksa kita berbuat demikian," katanya."

    Saya ternanti2 apa Yanf Arif nak jawab.

    BalasPadam
  9. Kalau ini satu konspirasi, inilah konspirasi yang paling senang dipatahkan, caranya mudah :-

    1) Tunjuk alibi yang dia tak bersama Saiful di tempat kejadian.
    2) Buktikan yg. DNA Mr. Y bukan DNA dia.
    3) Bersumpah.

    Ini open and shut case aje, kalau orang tu innocent senang sangat nak lepas. Tak perlu buat healah itu dan inin untuk tangguh.

    BalasPadam
  10. PAS dan Tok Guru Nik apa komen? Kita sudah amat jijik dan jelak dengan mainan politik jijik ini,apa takut kalu tak salah?Inilah yang pandai cakap tapi takut bila ada bukti nyata..........cakap tak serupa bikin tapi ALLAH maha berkuasa.Kebenaran akan nyata akhirnya, Insya'Allah!!!Kita berdoa' sahaja kepada yg terainaiya!!

    BalasPadam
  11. Allah pun tau saipul kelentong nak tolong umno

    BalasPadam
  12. anpa Nama berkata...

    Allah pun tau saipul kelentong nak tolong umno
    17 Mac 2011 10:25 AM
    YA KAH! KALAU MACAM TU ALLAH PUN TAU LAH BAHAWA MAT SABU PUN KAKI KELENTONG JUGA SEBAB DIA LAH YANG MENGGELAR ANWAR SEBAGAI ALJUBURI WAL LI WATI.

    LIM GUAN ENG PUN PENIPU JUGA LAH SEBAB TAHU BAHAWA ANWAR ADA 26 WANITA SIMPANAN.

    KARPAL SINK PUN KELENTONG JUGA LAH SEBAB BAWA KES LIWAT ANWAR KE DALAM DEWAN RAKYAT PADA TAHUN 1997?

    BalasPadam
  13. SAMPAI BILA NAK BERDOLAK DALIK TAK MALU KE DAH TUA TUA DIHINA OLEH MASYARAKAT DAN RAKYAT..KLU BENAR TIDAK BERSALAH KENAPA TAKUT UNTUK BERI DNA ATAU BERSUMPAH LAKNAT..KLU DUA PERKARA INI DILAKUKAN PERCAYALAH RAKYAT BOLEH TERBALIK AIR KEPADA PEMBANGKANG..

    BalasPadam