Selasa, 15 Mac 2011

Apakah punca Tsunami di Jepun?

Tadi TM berbual dengan seorang pemandu teksi berketurunan India. Dia mengajak TM berbual mengenai tsunami yang melanda Jepun.

Soalannya ialah kenapa kapalterbang yang besar-besar banyak yang selamat.

Dia menyatakan gempa bumi dan tsunami tersebut bukan berpunca daripada bencana alam yang berlaku secara semula jadi tetapi perbuatan manusia.

Tambahnya Jepun sebuah negara maju dan mampu berbuat apa saja. Lebih 50 tahun lalu negara matahari terbit tersebut telah dimusnahkan oleh dua bom atom di Nagasaki dan Hiroshima.

Kini tidak mustahil Jepun sekali lagi ingin bangkit untuk menjadi kuasa atom dunia. Oleh itu katanya tsunami berlaku kerana ujian nuklear dibawah dasar laut yang dilakukan oleh negara tersebut.

Wah! Satu andaian yang tidak boleh dinafikan kesahihan atau tidak. Sama-sama kita pertimbangkan.

klik di sini untuk maklumat lanjut
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.