Selasa, 15 Mac 2011

DAP ganti PAS

Pas semakin hilang sokongan Melayu, ini terbukti dalam beberapa Pilihan Raya Kecil yang menyaksikan Pas kalah teruk ditangan Barisan Nasional.

Bagaimanapun sikap bongkak dan munafik Pas, mereka masih menyatakan mereka betul dan benar. Isu Khalimah Allah terus dipermaikan oleh Pas kononnya ia boleh digunakan oleh semua agama.

Kalau benar pun Khalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain, biarlah ia hanya digunapakai oleh negara lain dan bukan negara kita Malaysia.

Kita semua sedia maklum bahawa bangsa Melayu di Malaysia adalah satu-satunya bangsa didunia yang semuanya beragama Islam. Dalam perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri pun tertulis. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Oleh itu Melayu itu Islam dan Islam itu adalah Addin kepada orang Melayu. Orang Melayu lebih hebat daripada bangsa Arab.

Omar Shariff, Tariq Aziz dan ramai lagi artis-artis Asia Barat yang menjadi pujaan rakyat Malaysia menggunakan nama yang indah, bercakap bahasa Arab tetapi agama mereka ialah Kristian. Perkara ini tidak berlaku dikalangan bangsa Melayu di Malaysia.

Oleh yang demikian Pas usahlah nak beretorik dalam isu Khalimah Allah. Hadi Awang dalam sidang media selepas mesyuarat ular dalam semak Pas berkata."Kritian boleh guna khalimah Allah tetapi jangan disalah guna "

Menurut Zahid Mat Arip cerita Hadi Awang boleh disamakan kisah seorang lelaki datang kerumah bapa seorang gadis idamannya dan berkata kepada ayah gadis tersebut. " Pak Cik, izikan saya meminjam anak Pak Cik untuk teman saya makan angin di luar negara selama 3 hari 2 malam"  Jawapan yang diberikan oleh ayah gadis ialah " boleh pinjam tetapi jangan salah guna"

Itulah diibaratkan apabila khalimah Allah boleh dipinjam-pinjamkan.

Pas hari ini cuba mengalih perhatian isu liwat Anwar kepada isu-isu lain . Terbaru Saifuddin Nasation sekali lagi membawa isu pembunuhan Altantuya. Sedangkan semua sedia maklum bahawa pembunuh telah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Apakah Saifudin dan Pas telah dirasuah oleh Anwar?