Jumaat, 27 Mei 2011

Fw: [Speaker Rakyat] Apa Nasib PAS Dalam Muktamar Akan Datang?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Tuan Speaker <speakerakyat@gmail.com>
Date: Thu, 26 May 2011 20:24:22 -0700 (PDT)
To: <taipingmali@gmail.com>
Subject: [Speaker Rakyat] Apa Nasib PAS Dalam Muktamar Akan Datang?



Alahai Nizar dah bersetuju masuk gelanggang. Dia nak berebut 3 kuota Naib Presiden. Anggapan Nizar populariti akan mengisinya di salah satu kouta yang disediakan. Nizar berkeyakinan populariti boleh mengatasi kecerdikan dalam seni politik. Walaupun berstatus IR tapi rasanya gelaran itu macam tak wujud, Nizar 'membeli' untuk up kan diri.

Berbalik pada pencalonan dalam Naib Presiden. Mahfuz belum beri kata putus untuk pertahankan jawatan. Salahuddin confirm on dan Tuan Ibrahim setelah berbincang akan masuk gelanggang Timbalan Presiden. Maknanya, tumpuan pada Timb. Presiden amat menarik.

Dalam 14 yang layak setakat ini cuma 6 yang dah comfirm nak mencuba. Nama-nama besar macam Hatta Ramli dan Salahuddin Ayub antara yang feveret. Idris Ahmad Ketua Penerangan 3 suku pun berangan-angan mahu dan tak lupa kemasukan Nizar dalam list terbaru contestant.

Sebelum itu keputusan Ustaz Azizan, MB Kedah yang tarik diri juga menarik. Dengaq-dengaq di Kedah Azizan sudah lama berlaga angin dengan Taib Azamudden. Azizan tahu Taib sudah lama gerakan wave untuk tolak Azizan dari kepimpinan Kedah.

Mungkin lepas ini Taib mahu tanding di peringkat DUN bagi membolehkan dia menjadi MB Kedah. Itupun jika UMNO Kedah tahu dan sedar kelemahan sendiri.

Sejujurnya, Taib Azamudden mahu tawan Kedah dan singkirkan Azizan

Hadi Awang sudah sah dikekalkan sebagai Presiden PAS tetapi seperti ada perkara yang kurang enak berlegar-legar dalam percaturan Hadi Awang. Ini amat menarik. Klik sini
Kenyataan Presiden PAS, Hadi Awang yg berulangkali menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim bukan sahaja mengejutkan hampir kesemua penyokong2 Pro Ulama', malah mereka turut musykil dgn kenyataan tersebut.

Salah seorang penyokong kuat Hadi Awang di Marang, Terengganu telah membongkar bekas Menteri Besar Terengganu sebelum ini telah menerima beberapa ugutan dari orang kanan Anwar.

Hadi Awang dikatakan akan dari cantas dari terus mempertahankan jawatan Presiden Parti jika Hadi Awang terus b'diam diri dan 'Play Safe' dalam memberi pandangan mengenai Video Seks Anwar.

Ugutan ini telah dikenalpasti dengan lebih jelas setelah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali memberi kenyataan yg bertentangan dgn dasar parti berhubung Kes Video Seks Anwar.

Beliau yang turut terlibat dalam mengatur program2 Hadi Awang di Terengganu mendakwa, setiap ahli PAS yg menyokong Presiden mesti melakukan perang saraf sebelum puak PAS Pro Erdogan menguasai Jawatankuasa Tertinggi PAS.
Pemilihan kali ini amat menarik disebabkan pembangkang berhadapan dengan isu moral Anwar dan keinginan Anwar untuk mencari imun dalam kepimpinan PAS.

Kita juga akan melihat bagaimana ahli-ahli memilih barisan kepimpinan PAS yang baru untuk membawa teras perjuangan yang lebih dinamik. Jikalau mengharapkan kepimpinan yang lebih gemar bikin gempar dan tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan agama dan bangsa nampak gaya masih banyak kekurangan yang ketara dalam parti yang berumur lebih 40 tahun ini. 


--
Posted By Tuan Speaker to Speaker Rakyat on 5/27/2011 11:20:00 AM