Rabu, 11 Mei 2011

Tutup segera kes CCTV seks mirip Anwar

Isu rakaman aksi panas yang dikatakan melibatkan pemimpin parti pembangkang masih belum reda.

Dikhabarkan bahawa rakaman dari kamera kedua sudah boleh ditonton di Youtube

Pihak tertuduh dan keluarganya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa pelaku seks adalah Anwar.

Begitu juga komponen parti PR , semuanya mempertahankan boss mereka.

Polis juga dalam sesi sidang media telah berkata mereka telah mengenal pasti pelaku tersebut tetapi enggan mendedahkan nama individu tersebut.

Polis lebih berminat terhadap bagaimana rakaman tersebar di internet.

Selagi tiada titik noktah, selagi itulah isu ini akan bermain di media maya.

Kes yang sama pernah terjadi kepada Timbalan Speaker iaitu Vijandran dan CSL. Apabila mereka mengaku bahawa itu adalah mereka, kes tertutup dengan sendirinya.

Harap pihak tertuduh mengaku sajalah , jangan berhelah lagi. Polis pun sama , umumkan nama pelakon porno dan kalau disaman oleh Anwar pun tak mengapa. Kita sebagai rakyat lihat dari jauh, siapa yang benar dan siapa yang bersalah.

Sebab di sana nanti akan terdedah segala kekalutan dan punca. Lihat isu terjun bangunan TBH. Semakin mendedahkan tembelang DAP yang busuk dan jahat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.