Rabu, 22 Jun 2011

Datuk T didakwa Jumaat ini

Kemelut tayangan video seks yang didakwa oleh Datuk T sebagai Anwar Ibrahim akan mula terbuka hijabnya mulai Jumaat ini jam 8 pagi di mahkamah sivil.
Anwar mendakwa bahawa Datuk T telah menayangkan video seks kepada umum dan ia merupakan satu kesalahan. Anwar tidak pula menyebut bahawa Datuk T telah menfitnah beliau sebagai pelaku dalam video tersebut.
Bila kes sudah disebut di mahkamah, sudah tentu ia melibatkan penayangan semula video tersebut. Bagi Anwar dan keluarga , ini lah peluang mereka untuk membuktikan bahawa pelaku tersebut adalah bukan dirinya.