Sabtu, 4 Jun 2011

Isu harga minyak: KJ jadi juara rakyat

Angkara Pandykutty Rakyat (PR) Rakyat Bersusah Dan Ada Yang Bertumbuk

Thursday, May 26, 2011


Bermula dari pagi sampailah ke Petang semalam kecoh di beberapa stesyen minyak dalam Malaysia ekoran wujud spekulasi harga minyak Ron95 naik sebanyak 20sen sebagaimana yang di war warkan oleh Pakatan Rakyat. Keadaan kelam kabut tersebut menyaksikan ada stesyen minyak kehabisan bekalan sebelum jam 11 malam lagi.

Deretan kenderaan juga di lihat beratur di stesyen minyak bagi menunggu giliran mengisi Ron95 malah ada yang turut mengisi di dalam tong tong yang di bawa bagi menyimpan minyak Ron 95.

Namun selepas jam 12 malam harga minyak yang di dakwa oleh Pakatan Rakyat naik tidak menjadi kenyataan malah lebih parah lagi rakyat yang beratur mengisi minyak menyumpah seranah terhadap Pakatan Rakyat yang mewujudkan berita kenaikan harga minyak Ron95 ini.

Mereka yang beriya iya mengisi minyak ini pada sebelah pagi membawa ke malam rupa rupanya terlepas pandang ataupun mendengar kenyataan Kabinet Kerajaan BN bahawa harga Minyak Ron95 kekal seperti biasa. Sebaliknya apa yang di war warkan oleh media Pakatan Rakyat seperti Malaysiakini telah di percayai bulat bulat oleh Rakyat.

Ini lah juga yang berlaku sepertimana Tarikh 16 September tahun 2008 apabila Anwar Ibrahim mendakwa pada tarikh tersebut Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya. Maka ramailah rakyat tertipu dan lebih memualkan lagi ramai di kalangan Totok Pakatan Rakyat siap siaga menawan Putrajaya dan lokasi lokasi penting dalam pentadbiran Persekutuan.

Tidak cukup dengan itu pemimpin Pakatan Rakyat yang bergelar Ahli Parlimen bersiap dengan pakaian baju Melayu Hitam bersongkok bagi mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Ada juga yang sudah menempah Dewan dewan Hotel bagi meraikan jatuhnya Kerajaan BN.

Itulah tragedi yang berlaku pada 16 September 2008 yang mana Rakyat di tipu dan di perbodohkan oleh Pakatan Rakyat ataupun sekarang ini lebih di kenali dengan nama PANDIKUTTY RAKYAT (PR).

Kerajaan BN yang mentadbir Malaysia bertahun lamanya tidak sesekali membohongi Rakyat Malaysia malah jika ada sesuatu pekara yang di fikirkan perlu untuk kepentingan Rakyat maka pelbagai langkah di ambil untuk mengatasinya. Itu lah yang berlaku semalam apabila Menteri Kementerian Kepenggunaan dan Koperasi Dato Seri Ismail Sabri memaklumkan Harga Minyak Ron95, Gas dan LPG kekal pada harga yang sedia ada.


Tahniah kepada Dato Seri Ismail Sabri yang membawa isu ini kepada Kabinet dan Perdana Menteri bahawa slogan Rakyat di dahulukan perlu di jaga dalam memastikan Rakyat yang kurang pendapatan dan sederhana tidak mendapat kesan yang parah dari kenaikan harga minyak.


Ini yang kita mahukan apabila suara suara Rakyat yang di salurkan oleh Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin, ketua ketua Bahagian dan juga para Blogger serta Facebooker di dengar oleh Kerajaan Malaysia. Isu kenaikan Minyak bukan satu hal yang boleh di pandang remeh memandangkan apabila harga meningkat maka secara automatiknya harga barang keperluan lain juga meningkat.

Jelas lah di sini bahawa Kerajaan BN lebih Terhormat daripada PR Pandikutty Rakyat dalam membela nasib rakyat Malaysia. Malah ini juga satu contoh kepada rakyat Malaysia bahawa PR hanya tahu membohongi Rakyat Malaysia dan mengambil kesempatan dalam sesuatu isu daripada membela Rakyat Malaysia.

Semoga Rakyat yang tertipu semalam sedar bahawa tiada kerajaan yang sempurna dalam membela nasib mereka namun Seburuk buruk kerajaan BN belum pernah lagi membelakangi Rakyat Malaysia dengan Menipu dan mewujudkan spekulasi yang mana menyusahkan rakyat Malaysia.

Nota kaki:


kenapa sekarang baru KJ mempertahankan kenaikan harga minyak, kenapa tidak sewaktu pak mentuanya menjadi PM. Masih ingat Pak Lah menaikkan harga minyak. Bukan 5 sen , tetapi  30 sen, 40 sen dan bersen-sen.


KJ mempertahan agar harga minyak kekal pada tahap yang ada, adakah kerana beliau tertekan untuk membayar kos minyak yang tinggi pada kereta-kereta yang makan banyak minyak dan juga kos minyak Bas Pemuda yang menelan ribu-raban setiap kali keluar melawat kawasan.


Bagaimanapun TM mengucapkan tahniah kepada KJ kerana beliaulah satu-satunya KP yang bergaya dan bersetail ketika melawat seluruh negara dengan bersantai dalam bas mewah.


Teringat pula Abuya yang bergaya dengan bas dua tingkat di Thailand, dahulu bas dua tingkat tak boleh masuk Malaysia. Tak macam sekarang bas dua tingkat bersepah.


Sumber asal artikel ini ialah dari laman papa gomo.( blogger tersohor dan brutel)

Tiada ulasan:

Catat Komen