Ahad, 12 Jun 2011

Nelayan bantah kerajaan tarik subsidi minyak diesel



Isu ini kena rujuk kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Penarikan balik subsudi minyak menyebab kenaikan harga minyak menjadi RM.1.80 adalah kerana nelayan laut dalam paling banyak menyelewen subsidi tersebut. Mereka dikesan telah menjual minyak kepada nelayan asing seperti Vietnam dengan harga yang murah.

Unjuran LKIM juga mendedahkan bahawa penjualan minyak tinggi tetapi hasil tangkapan berkurangan. Ia berbeza dengan 20 atau 30 tahun lalu semasa tiada subsidi. penjualan minyak kepada nelayan rendah tetapi hasil laut amat tinggi.

Justeru, nelayan laut dalam yang banyak menipu subsidi mula rasa kepanasan dengan penarikan subsidi ini.

Bagaimanapun dengan harga RM 1.80 pun masih ada yang menjualnya kepada sindiket pengumpulan minyak haram.

Jika di Taiping, pembelian minyak ini berlaku setiap hari di kiri kanan jalan Simpang - Selinsing di persimpang Toll Taiping Utara.

Walaupun pihak kementerian KPNP ( susah nak sebut) dibawah YB DS Ismail Sabri ( bapa Dafi) telah bertindak tetapi aktiviti kencing terus berjalan.

Peliknya ialah kawasan tersebut ialah kawasan rondaan polis dan JPJ. Tak kan lah mereka tak tahu.