Ahad, 12 Jun 2011

Tubuh Suruhanjaya DiRaja Siasat Penyelewengan Yayasan Selangor

Kita sering diwar-warkan oleh pembangkang terutama Pas supaya di tubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat orang Umno. Mangsa seperti Taib Mahumud, Khir Toyo telah menjadi sasaran mereka. Malah ada yang mendesak agar Tun Mahathir pun disiasat.

Dalam kes Khir Toyo, Cina Jawa dari Sungai Besar telah berjaya membawa kes Khir Toyo ke mahkamah. TM yakin walaupun dibicarakan. Khir Toyo akan menang dalam kes tersebut. Bagaimanapun ia terpulang kepada mahkamah dan keputusan hakim.

Menghairankan tidak ada seorang pun daripada Umno menyuruh SPRM menyiasat kewangan dan kekayaan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim. Rumah agam atau White House milik Azmin Ali di Titiwangsa dan rumah Agam ala Freemason milik Anwar Ibrahim di Bukit Segambut tak ada yang teringin nak buat report kepada SPRM.

Ummi Hafillda dalam ceramah bongkarnya menyatakan rumah Anwar berharga RM 7 juta tunai. tetapi TM yakin bukan 7 juta tetapi lebih. Ini kerana banyak lot-lot banglo di area sana , jika nak buat rumah , harga rumah sekurang-kurangnya atau minimanya RM 7 juta. Kalau ada RM 5 juta , boleh jalan...

Perkara yang kedua yang perlu disiasat oleh Suruhanjaya diraja ialah  Yayasan Selangor. Dahulu harta dan wang milik Yayasan terlalu banyak, tetapi kini semakin kering. Terbaru RM 80 juta lesap entah ke mana.

Oleh itu TM menyeru agar rakyat Selangor mendesak agar satu siasatan dilakukan ke atas Yayasan Selangor.

Itu di Selangor, akan datang di Kelantan....tungguu.

2 ulasan:

  1. setuju..siasat skali komisen beli kapal selam

    BalasPadam
  2. setuju bebeno, tapi tolong siasat sekali komisen kapal selam

    BalasPadam