Ahad, 28 Ogos 2011

MAT SABU ADALAH PETUALANG BANGSA MELAYU

Mukhter
Ketua Penerangan Perkasa LMS Perak

Tiada apa yang perlu rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu di Malaysia perlu merasa pelik, hairan, sedih, marah atau takut dengan seorang manusia yang bernama Mohamed Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air, sudah mengenali beliau sejak dari dulu lagi. Orangnya suka bercakap ikut sedap mulut sahaja dan isi ceramah politiknya sarat dengan maki hamun serta lawak jenaka bodoh belaka. Namun apa yang hairan ialah, bagi pengikut fanatik PAS Mat Sabu adalah jagoan mereka di pentas ceramah. Namun bagi orang yang berfikiran matang serta mempunyai sedikit nilai ilmiah di dalam pemikiran mereka akan menolak orang seperti Mat Sabu ini. Malahan tidak salah kalau saya katakana bahawa orang seperti Mat Sabu ini sebenarnya telah memalukan PAS kerana peribadi serta tingkah laku beliau seikitpun tidak menunjukkan beliau berjuang untuk kepentingan ummah.

Kalau benar Mat Sabu berani untuk mengatakan bahawa pasukan keselamatan yang terkorban kerana mempertahankan serangan pengganas komunis di Bukit Kepong tidak layak di panggil pejuang, maka saya mencabar Mat Sabu supaya memanggil satu siri ceramah yang dihadiri oleh veteran keselamatan samada dari pihak polis atau tentera. Saya mencabar supaya Mat Sabu mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa di hadapan mereka atau di hadapan waris mereka yang telah terkorban di dalam peristiwa tersebut. Kalau benar Mat Sabu berani, maka saya cabar beliau supaya melakukannya selepas Hari Raya Aidil Fitri ini dengan kadar secepat yang mungkin.

Semua rakyat Malaysia yang waras pemikirannya merasa amat jenaka sekali terhadap kenyataan seorang Timbalan Presiden PAS yang akan memperbetulkan fakta sejarah jika PKR dapat merampas Putrajaya. Sebenarnya tidak perlu kita semua menunggu saat itu kerana sekarangpun sudah banyak fakta sejarah yang telah diputarbelitkan oleh golongan seperti ini. Sebenarnya kalau kita lihat, bermula dari isu tangkap khalwat dahulu serta pembohongan kononnya beliau telah dilanggar oleh pihak polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu, tidak hairan bagi kita kenapa Mat Sabu sentiasa boleh bercakap bohong. Tidak hairan juga jika perkara yang sama boleh dilakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 ulasan:

  1. BERUK mat Sabun ni memang dah tau dah.. dari dulu memang jadi Pencacai DAPig pun... korang takan tak tau DAPig tu sapa? suku sakat Bintang 3 gak... tu laa orang suruh belajar sejarah tak mau..cikgu berbuih mulut ajar sejarah Malaysia dan Penganas Komunis dia tak mau alih2 jadi BERUK pencacai DAPig jugak! dan sekarang plak lagi GAH la dia bila dah jadi orang no 2 dlm hamPAS plak... bleh dia tabur fitnah dan cerita sejarah rekaan dia kat Pak2 JangGoat yang BODOH tu!!! HAMPEH HAMPEH HAMPEH

    BalasPadam
  2. umno petualang bangsa melayu kerana terima jus soli...sepatutnya india dan cina d malaya ikut british balik sbb mereka warga british....tapi sbg petualang british umno terima je saranan british ni....umno macai british...alih2 dekad ni anti plk kt cina...pelik2

    BalasPadam
  3. PW1 (B)KANANG ANAK LANGKAU DALAM KENYATAAN NYA MENCABAR MAT SABU LAHANAT DAN MENGISTIHARKAN MAT SABU SEBAGAI KEPALA KOMUNIS,BAGI SAYA KALAU EN KANANG DAH BERKATA DEMIKIAN SEKIRANYA SELEPAS INI ADA ORANG MENYOKONG MAT SABU BERMAKNA ORANG TERSEBUT ADALAH PENGIKUT PENYOKONG KEPALA KOMUNIS JADI KITA TUNGGU DAN LIHAT SANDIWARA PAKATAN HARAM SELEPAS INI.///

    BalasPadam
  4. ANAK BUKIT HIJAU28 Ogos 2011 1:34 PTG

    Salam TM.

    Apakah ini isyrat jelas bahawa PAS di bawah pimpinan Mat Sabu akan memulakan "pemberontakan ?"

    Aku berharap pihak yang berwajib mengambil langkah segera bagi menangani ide-ide jahat ini.

    BalasPadam
  5. pada pandangan saya, Pas akan akan hilang sokongan Melayu, dan Pas akan menjadi seperi Syiah dan wahabi dan tidak mustahil mereka akan memberontak dan cuba mengambil alih kerajaan secara revolusi. Pengikut Pas sukar berubah kerana sudah menjadikan Pas sebagai mazhab mereka sama seperti di Iran .

    BalasPadam