Sabtu, 27 Ogos 2011

Ramai dah pasang cita-cita nak jadi wakil rakyat.

Taico Dap Perak
TM mengikuti perkembangan politik dari jauh sahaja. begitu juga dengan penulisan-penulisan bloggers otai. Blog Jebat Berkokok membuat kejutan bahawa ada Otai blogger yang akan sertai Dap. Jika benar mereka menyertai Dap, ia bermakna Dap akan menikam belakang Pas dan Pkr.

PRU 12 lalu, Dap memperuntukkan banyak kerusi untuk suku sakat etnik Cina sahaja, ada yang bertanding dua kerusi, satu Dun dan satu Parlimen. Bukan tak ada calon Melayu dalam Dap tetapi tidak ada kepercayaan dan sikap tamak pemimpin Dap orang Melayu di ketepikan.

Kegagalan James Ngeh Koo Ham ( Ahli Parlimen Beruas dan Adun Setiawan) untuk menjadi Menteri Besar Perak telah membuka mata Dap bahawa betapa pentingnya orang Melayu dalam parti itu.

Oleh itu dalam PRU 13 akan datang kita akan lihat ramai calon-calon Melayu akan ditawarkan kerusi di kawasan majoriti Melayu.

Tak perlu lah diletakkan nama mereka, rasanya ramai dah tahu dan ia termasuk  beberapa otai blogger yang rajin menghantar artikel mereka dalam The Rocket.

Sedih melihat Pas yang rata-rata calon Melayu Islam akan diketepikan peluang mereka untuk menambah kerusi mereka di kawasan Melayu.

Di Perak pada 2008 Pas meletakkan 21 calon untuk Dun, akan datang mungkin tinggal 10 sahaja selebihnya akan menjadi milik Dap.

PRU 12.  Dap Perak menang 100% kerusi yang dipertandingan. 18 kerusi yang dipertaruhkan semua menang. Pas pula hanya menang 6 daripada 21 kerusi yang dipertandingkan.

Apakah nasib Umno dan BN di Perak? TM tetap mencadangkan agar Umno fokus kepada 34 kerusi sahaja,    calon Dun yang ada hari ini pula perlu dilihat report card nya. mana yang sudah tak berminat turun padang, tak peduli rakyat, tak ambil kisah rintihan dan keluh kesah rakyat patut di keluarkan nama mereka awal-awal lagi.

BN juga jangan lupa kerusi Dewan Rakyat. BN hanya menang 13 kerusi daripada 24 yang dipertandingkan dan kerusi yang menang harus dikekalkan dan rampas balik  2 kerusi yang dimenangi oleh Pas.

6 kerusi Dap rasanya sukar untuk dapat balik.