Jumaat, 30 September 2011

Blog TM buat Fitnah? Pas tak fitnah?

Ini kenyataan
Nampaknya puak-puak Pas+sik semakin marah dengan blog TM, terutama rakan-rakan yang mengenai diri TM. Mereka mula menjual nama TM kepada penceramah Pas yang tidak pun mengenai TM secara peribadi. Justeru, dalam ceramah Pas pun nama TM sudah jadi macam wakil rakyat BN.
kartus asal dilukis oleh Zunar menghina Najib dan Rosmah

Jika MB Perak di labelkan sebagai Mugabe, Ustaz Kazim digelar ustaz Lone Ranger, TM depa ada yang kata Keling Pokok Assam . tak cukup dengan tu Ustaz Shahir dalam ceramah di Sungai Dendang Selama kata " TM belagak nak mapoh".  itulah sikap penceramah Pas. Itu belum kira ceramah Nizar, kalau dalam dewan DUN pun boleh bercakap bohong apa lagi kalau di atas pentas ceramah.  Itu yang sampai menyanyi lagu cina....
Setiap ceramah kalau tak kritik UMNO tak sah.

Pas kini ada kartunis Zunar dan beberapa orang pembantu  dia.....Apakah Zunar tidak menfitnah? Banyak kartun atau karikaturnya bukan sahaja menfitnah tetapi mencerca, menghina orang lain yang tidak menyokong Pas.
asal dilukis oleh Zunar, menghina PM dan Merdeka

Ustaz Azhar Idrus kalau berceramah dan tak hina Umno atau pemimpin Umno tak sah atau tak sebut nama-nama sipolan-sipolan tak sah ceramah beliau.  Orang Pas memang lah, apa sahaja yang keluar dari mulut Us Azhar dan Nik Aziz ibarat wahyu Allah, semuanya betul belaka.

Sudah 3 tahun TM menulis tidak ada pun sebarang penulisan berunsur fitnah, semuanya benar dan realiti sebenar orang Pas yang hipokrit. Selain itu TM juga wujud untuk menangkis tohmahan jahat Pas terhadap kerajaan yang memerintah, dan mengajak mereka berfikir yang mana benar dan yang mana salah.

Tetapi biasalah puak-puak Pas kalau tak taksub apa juga putar belit pemimpin mereka semua diterima bulat-bulat. Contoh terpanas ialah isu 'Hudud' . Dahulu bukan main lagi bercakap soal hudud.  TM pernah menulis isu hudud di Kelantan.

Hudud di Kelantan cukup mudah dilaksanakan. Pas menguasai 2/3 Dun. Oleh itu cukup mudah bagi Pas membentangkan undang-undang syariah negeri, buat pindaan dan ubah suai. Ikut nasihat Tun Mahathir yang menolak hudud Pas atas beberapa alasan yang munasabah.

Akan tetapi Pas tidak berbuat apa pun. Lihat kes khalwat Mat Sabu, walaupun dibicarakan dimahkamah syariah, pendakwa raya boleh putar belit dakwaaan sehingga  tertuduh dibebaskan.  Sekarang salah seorang pegawai pendakwa telah bertaubat dan masuk Umno. [ adakah kenyataan ini fitnah?]

Hari ini selepas Hudud ditolak oleh Dap dan Pkr , Pas Kelantan baru nak lihat balik akta tersebut yang pernah diluluskan mereka pada 1993 dahulu. Pas undur 1000 tapak ke belakang untuk semak balik undang-undang tersebut. Idris Ahmad Ketua penerangan Pas dengan mudah menuduh 'Umno gigit jari' apabila gagal melihat pakatan berpecah.

Pas sepatutnya yang gigit jari kerana terpaksa akur dengan kapir harbi. Anwar pula takut hudud sebab jika dilaksanakan dialah yang akan terima habuannya.

bersambung/ ......

3 ulasan:

  1. Yang banyak buat fitnah dan bercakap bohong ialah pemimpin parti pas dari mula pas di tubuhkan sehingga sekarang, konon pas parti islam apakah islam yang pas bawa boleh mengkafirkan orang islam sendiri dan sekarang mengambil kafir yang terang-terang menentang negara menjadi rakan seperjuanag dalam politik untuk menjatuhkan pemerentahan yang di pimpin oleh orang islam inikah cara perjuangan islam pas ?...///

    BalasPadam
  2. memang lumrah berpolitik sekiranya seseorang itu menyokong kepada sesuatu pihak, maka akan lahir sifat kebencian kepada pihak yang lain walaupun kesalahan pihak itu sekecil zarah..mereka berbalah dan menyalahkan sesama sendiri..tapi memang bodohlah seseorang itu kalau pihak yang dibalah,diumpat dan difitnah itu sebenarnya benar..setiap kali tulisan fitnah itu tidak dipadam dan dibaca oleh kalayak umum,maka dosa akan berterusan kepada pemiliknya..oleh itu lebih baik diam dari bersuara...

    BalasPadam